Sebulan – atau lebih sedikit – sudah berlalu sejak Jose Mourinho dipecat daripada Manchester United. Namun, ternyata sukar untuk memadamkan terus bayangan kelibat bekas pengurus itu daripada kelab berkenaan.
Di sebalik janjinya untuk tidak membuka mulut berkaitan apa saja yang berlaku di bekas kelab bimbingannya itu, ternyata Mourinho juga manusia biasa yang beransur-ansur mendedahkan apa yang terbuku di hatinya.
Mula-mula, pengurus berusia 54 tahun itu mengatakan orang ramai tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah kelab sebesar dan sehebat Manchester United dan terdorong membuat kesimpulan yang tidak tepat hingga membawa kepada pemecatannya pada 17 Disember lalu.
Terbaru, jurulatih Portugis itu menyingkap sedikit tabir berkenaan untuk menunjukkan ia sebenarnya kesalahan sistem sokongan yang diamalkan di Old Trafford daripada boleh menyalahkan kehambaran musim buat United kepada dirinya semata-mata.
Membandingkan United dengan Manchester City dan Liverpool, Mourinho pertama-tamanya menyalahkan dasar pembelian pemain baru The Red Devils yang tidak memenuhi kehendaknya untuk mereka kekal sebuah pasukan yang berjaya.
Ya, benar United melabur £75 juta (RM405 juta) untuk mendatangkan Romelu Lukaku daripada Everton ketika tempohnya selaku pengurus tapi Mourinho kecewa dengan kurangnya sokongan lembaga pengarah kelab -- khususnya Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward -- terhadap senarai pemain baru yang diinginkannya.
Tapi barangkali ia salah Mourinho juga.
Dalam tempoh dua tahun pertamanya di Old Trafford, dia telah menghabiskan £370 juta (RM2,004.45 juta) dengan menandatangani 11 pemain -- Eric Bailly (Villarreal), Zlatan Ibrahimovic (PSG), Henrikh Mkhitaryan (Borussia Dortmund), Paul Pogba (Juventus), Victor Lindelof (Benfica), Romelu Lukaku (Everton), Nemanja Matic (Chelsea), Alexis Sanchez (Arsenal), Diogo Dalot (Porto), Fred (Shakhtar Donetsk) dan Lee Grant (Porto).
Namun, malang buat Mourinho, bukan saja sebilangan pemain berkenaan gagal memenuhi jangkaan tinggi ke atas mereka, sebaliknya turut menyalakan api permusuhan dengan pengurus itu sehingga menjejaskan keharmonian dalam pasukan dan lantarannya juga, United terus bergelut.
Sekali lagi menjadikan City dan Liverpool sebagai perbandingan, Mourinho menarik perhatian kepada kedua-dua kelab itu yang terus berbelanja mendatangkan pemain baru bagi menampung keperluan pasukan untuk kedua-duanya kini mengisi dua tangga teratas dalam liga.
Ringkasnya, pada pengamatan Mourinho, proses pemugaran dan penyegaran pasukan harus berlaku sepanjang masa.
“Hari itu, saya bercakap mengenai soal kepimpinan berkaitan dengan struktur di dalam kelab. Ia bukan saja berkisar kepada kepimpinan, sebaliknya segala-galanya.
“Jadi, jika anda seorang pengurus dan anda berkuasa mendapatkan pemain-pemain yang anda kehendaki yang anda fikir perlu untuk memenangi sesuatu kejohanan, itu adalah satu perkara.
“Satu perkara yang lain ialah anda selaku pengurus tidak pun berkuasa untuk melakukan itu,” katanya selaku seorang pengulas beIN SPORTS setiap Sabtu, seakan-akan berkias mengenai tangannya yang terikat ketika mengurus United.
Dalam pada itu, seperkara yang tidak mampu ditolak Mourinho ialah pemain-pemain yang samalah yang memberi pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, lapan kemenangan berturut-turut sepeninggalannya, dengan yang terbaru menyingkirkan Arsenal 3-1 dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Mungkin di atas pertimbangan itu, Mourinho -- yang mendatangkan Perisai Komuniti, Piala Liga dan trofi Liga Europa dalam musim pertamanya bersama United-- patut diberi muka sedikit daripada terus dicerca.