Badminton memiliki antara sejarah pembentukan paling samar dalam kalangan sukan popular di dunia.
Satu kepastian,variasi badminton yang dunia kenali ketika ini berpaksikan kepada pemerintahan British di India bermula pada 1850.
Populariti sukan ini berkembang dalam tempoh 20 tahun di India malah dikenali juga sebagai Poona bersempena dengan kawasan yang menjadi kemegahan India hari ini iaitu Pune.
Di situ dan pada waktu itu, badminton mula dimainkan dengan peraturan yang berevolusi sehingga menjadi sebuah sukan global.
Menyentuh mengenai India dan Badminton mereka kini mula menjadi pencabar dalam saingan kategori perseorangan Lelaki.
Ketika ini mereka memiliki empat pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia berbanding satu daripada Malaysia, senario yang tidak pernah difikirkan peminat badminton tanah air.
Bukan itu sahaja,India juga sudah boleh memandang kepada K.Srikanth sebagai indvidu yang memiliki kredibiliti bergelar juara dunia.
Empat kejuaraan bertaraf siri super menyaksikan dia mengetuai senarai empat pemain dalam 20 terbaik dunia itu di ranking kedua.
India yang memiliki populasi kedua terbesar dunia dengan 1.3 billion rakyat akhirnya boleh mengimpikan sesuatu yang menakjubkan.
Saya percaya Srikanth disamping pemain seperti Viktor Axelsen, Kento Momota adalah wajah yang akan terus menggerakkan badminton dunia waktu legenda seperti Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei jadi pemerhati.
Tersenyum mengenangkan hanya setahun lalu di GP Emas Masters Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menewaskan Srikanth di separuh akhir untuk mencongak perhitungan dengan Chong Wei di Final.