Pejam celik sudah lebih seminggu saya dan tiga lagi kru dari Astro Arena membuat liputan di Nay Pyi Taw, Myanmar, begitu juga atlit negara yang bersaing di Sukan Universiti Asean (AUG) 2018.
Malaysia berjaya juga membawa pulang 35 pingat emas, dengan karate kumite berpasukan lelaki menghadiahkan pingat yang sekaligus mencapai sasaran kontinjen Malaysia, dan beberapa jam selepas itu barisan atlit catur juga berjaya raih dua emas, masing-masing menerusi acara individu dan berpasukan wanita, sekaligus menjadikan pungutan pingat keseluruhan Malaysia di sini adalah 37 emas, 42 perak, dan 50 gangsa. Tahniah !
Secara peribadi, saya tidak merasakan Malaysia mampu capai sasaran ketika saingan hanya berbaki dua hari lagi, ketika itu Malaysia masih lagi di angka 27 emas, sehingga sudah berjaya menyiapkan draf skrip mengenai kebimbangan seandainya Malaysia gagal capai sasaran, hanya perlu susun visual untuk penyuntingan dan dihantar ke Kuala Lumpur dan disiarkan di Nadi Arena. 24 jam selepas itu, ketika membuat liputan di venue memanah, saya diberitahu bahawa Malaysia sudah mencapai 5 emas, dan objektif untuk mencapai 35 semakin dekat.
Saya harus akui, ramai muka baru ditampilkan dalam AUG 2018 disebalik beberapa nama besar membarisi skuad Malaysia, jika sekali imbas macam hantar kontijen ke Sukan SEA. Beberapa sukan juga berjaya mencipta kejutan dan lepasi sasaran, renang misalnya, Welson Sim memecahkan rekod sembilan tahun milik Daniel Bego dalam acara 100 meter gaya bebas, dengan catatan 50.03 saat, begitu juga memanah mengaut 7 emas daripada 10 yang dipertandingkan, Wushu juga tidak kurang hebatnya melepas sasaran awal tiga emas, dan akhirnya menyumbang 4 emas.
begitu juga sukan sukan yang tidak diberikan liputan hangat seperti golf, catur, petanque dan juga mendayung yang menjadi penyumbang kepada angka 35 emas Malaysia. Syabas !
bagaimanapun yang kurang enaknya, apabila Malaysia tidak mencapai sasaran tempat kedua keseluruhan. Thailand dan Indonesia sudah jauh meninggalkan kita, bayangkan Indonesia berjaya meraih 26 emas dari acara renang sahaja, bayangkan bagaimana Malaysia mahu mengejar?
Kesilapan membuat perangkaan di pentas AUG sahaja, di Sukan Komanwel lalu dan Sukan Asia kita berhadapan situasi sama, pungutan pingat dapat dicapai, namun kedudukan keseluruhan jauh untuk mengejar.
Selepas ini masih belum jelas siapa bakal jadi tuan rumah AUG 2020, mungkin Malaysia, dan mungkin juga Filipina yang sepatutnya dalam sistem penggiliran. Tapi yang pasti, misi atlit universiti selepas ini adalah Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali pada Julai 2019.