Skip to main content

Advertisement

Rencana

ATM FA, dah langsai ke belum?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atm.jpg

Alhamdulillah, sudah selesai bab yang pertama di mana Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah menyelesaikan hutang-hutang kepada bekas pemain di atas usaha gigih presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

Tahniah juga kerana bersusah-payah berhutang untuk melunaskan tunggakan gaji mereka kerana itulah ciri-ciri seorang pemimpin sejati kerana sanggup berkorban untuk anak bangsa.

Namun, kepada yang masih berhutang seperti pasukan ATM FA, janganlah tiada usaha dilakukan, carilah jalan bagaimana ingin melangsaikan hutang-hutang kepada pemain. 

Dalam era profesional, sepatutnya perkara sebegini tidak boleh berlaku lagi kerana setiap pasukan sudah mempunyai perancangan dalam perbelanjaan persatuan sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu, pemain-pemain juga mempunyai tanggungjawab mereka untuk dilaksanakan bukan sahaja kepada majikan tetapi juga kepada keluarga. 

Kalau fikiran dibebani dengan masalah yang kewangan gara-gara gaji yang tidak berbayar, sudah pasti ia akan menjejaskan fokus dan prestasi mereka.


Jadi, carilah satu jalan penyelesaian sebagaimana yang dilakukan oleh Presiden KAFA kerana apa yang pasti, orang yang mentadbir ATM FA ini adalah golongan yang bijak pandai dan berkuasa.

Kepada pemain-pemain pula, selepas ini jangan hanya kerana bijak memilih nilai gaji yang ditawarkan, sebaliknya perlu meneliti dan menggali sebaik mungkin siapakah yang berada di belakang pentadbiran persatuan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kemudian hari.

Bijaklah mengunakan akal untuk berfikir supaya keputusan yang dibuat tidak akan memakan diri. 

Jadi, kepada -orang kuat ATM FA, carilah apa-apa kaedah sekalipun untuk melangsaikan hutang kepada bekas-bekas pemain anda dan jangan dilupakan-lupakan. 

Kalau dah langsai, Alhamdulillah...

Advertisement

Must Watch Video