Skip to main content

Rencana

Askar Upahan atau Wira Tidak Didendang

stewart12418.jpg
Ada dua imej yang bangkitkan sentimen berbeza buat sukan Malaysia di Gold Coast 2018 membabitkan dua jurulatih, Alex Stewart dan Tan Kim Her, ini bukan mahu bangkitkan isu yang ada usia tersendiri tetapi sekadar menawarkan pandangan peribadi.

Pertama, Stewart jurulatih lompat tinggi profesional yang melatih atlet negara seperti Nauraj Singh cetus rasa kurang senang apabila memeluk dan meraikan pemenang pingat emas Brandon Starc yang merupakan seorang lagi atlet jagaannya ketika memakai uniform kebangsaan sambil menyerahkan bendera Australia.

Kedua, Tan Kim Her, jurulatih sepenuh masa bersama Persatuan Badminton India (BAI) kekal tenang di samping skuad India yang merampas pingat emas berpasukan campuran daripada Malaysia.

Saya berikan perspektif terhadap isu pertama, bagaimana kalau ada jurulatih kebangsaan Australia memeluk dan meraikan atlet Malaysia? Mungkin ada penerimaan berbeza.

Tetapi saya juga difahamkan, Stewart menolak pelawaan untuk menjadi jurulatih sepenuh masa dibawah program kebangsaan dan sudah beberapa kali kontinjen Malaysia bersusah payah mendapatkan kad akreditasi di sukan temasya berdasarkan status dia.

Kim Her jurulatih yang tetap sayang Malaysia membuktikan tenaga tempatan mampu menyerlah di bumi asing dan menjadi pengajaran serta peringatan kepada badan sukan negara terhadap hakikat ini.

Lihat bagaimana dia berupaya tingkatkan kredibiliti skuad beregu lelaki, wanita mahupun campuran India dalam tempoh tiga tahun sejak berhijrah, secara tidak langsung membentuk keseimbangan program mereka.

Saya tahu bukan mudah buat dia untuk menjadi sebahagian daripada pemusnah impian Malaysia tetapi pada masa dia perlu kekal profesional.

Kerana itu saya berasakan seorang jurulatih adalah Askar Upahan dan seorang lagi Wira Tidak Didendang.

Advertisement

Must Watch Video