Lebih empat tahun lalu, sewaktu Mikel Arteta dilantik selaku salah seorang daripada barisan kejurulatihan Manchester City yang diketuai Pep Guardiola, tiada siapa yang mengambil kisah.
Bukan satu perkara yang mengujakan apabila seorang bekas pemain yang hanya dua kali menjulang Piala FA dan trofi Perisai Komuniti sewaktu menyarung jersi The Gunners untuk membawa haluan ke bidang kejurulatihan memandangkan ia lumrah buat semua bekas pemain.
Malah, bekas tonggak Everton yang telah menghasilkan 27 gol dalam 162 penampilan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park itu itu juga dilihat tidak begitu menyerlah selaku jurulatih tatkala perhatian lebih terarah kepada Guardiola selaku pengurus City.
Namun, kini situasi sudah berubah.
Tatkala The Gunners dilihat bergelut untuk mencapai prestasi terbaik walaupun selepas memecat Unai Emery dan meletakkan Freddie Ljungberg selaku pengurus sementara, Everton juga masih tercari-cari ketua jurulatih susulan insiden Marco Silva ditamatkan kontrak.
Di antara dua kelab Liga Perdana Inggeris itu, Arsenal dilihat lebih cenderung untuk mendapatkan bekas pemain kelab selaku pengendali bagi meneruskan legasi yang pernah ditinggalkan Arsene Wenger sambil Everton dilaporkan telah memulakan rundingan dengan pengurus yang dipecat Napoli, Carlo Ancelotti.
Dari Emirates, nama Arteta paling mencuri tumpuan untuk bergelar pengurus tetap seterusnya buat Arsenal, lebih-lebih lagi selepas tersebar gambar dua wakil eksekutif kelab, Vinai Venkatesham dan Huss Fahmy, meninggalkan rumah jurulatih kelahiran Sepanyol itu selepas mengadakan perbincangan seperti yang dilaporkan The Telegraph, awal pagi semalam.
Malah, tindakan Ljungberg menggesa pihak Arsenal mempercepatkan pelantikan pengurus baru tidak kira sama ada namanya atau pengurus lain yang dipilih, seperti dalam laporan The Guardian, juga menguatkan andaian bahawa The Gunners semakin hampir mendapatkan pengendali baru.
"Saya telah memberitahu kelab bahawa mereka perlu cepat membuat keputusan. Kami di sini untuk membantu tetapi keputusan harus dilakukan kelab," katanya.
Mungkin selepas beberapa tahun, peranan Arteta selaku watak utama dalam bahagian taktikal City untuk membantu Guardiola muncul juara Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut mula disedari The Gunners.
Apa yang pasti, jika Arsenal benar-benar serius untuk mendapatkan khidmat Arteta dan dia menyatakan persetujuan, tempoh masa semestinya diperlukan untuk dia memperbaiki struktur dalam skuad, terutama situasi yang dihadapi Mesut Ozil dan Granit Xhaka.
Kesabaran dalam diri peminat di Emirates juga dituntut memandangkan pemain termahal kelab, Nicolas Pepe, juga masih bergelut mendapatkan prestasi terbaik dan menyamai nilai GBP72 juta (RM395 juta) yang dibayar Arsenal untuk mendapatkannya musim panas lalu.