Skip to main content

Rencana

Apakah Harimau terus menjadi mangsa?

18313harimaumalaya-jpg.jpg
Menurut statistik yang disediakan oleh WWF Malaysia, pada tahun 1950-an ada lebih kurang 3.000 ekor Harimau Malaya di negara ini. Kini, pada tahun 2016, dianggarkan hanya ada 250-340 sahaja spesis ini yang tinggal.

"Harimau Malaya". Pasukan terbaik di rantau Asia. Pasukan digeruni negara jiran. Pemain terbaik Asia Tenggara! Tapi itu di zaman dahulu lah…

Menurut statistik bolasepak tahun 2015 ataupun lebih diingati sebagai tahun kegelapan pasukan Malaysia, kita kalah enam kali, seri tiga kali dan menang dua kali. Itu pun hanya kemenangan tipis sahaja ke atas pasukan seperti Laos dan Timor-Leste!

Dan untuk memburukkan lagi keadaan, Malaysia kini berada di tangga 171 dalam kedudukan dunia!

Sudahlah haiwan itu sendiri nak pupus, pasukan ‘Harimau Malaya’ pula hidup segan mati tak mahu.

Secara jujurnya, seperti berjuta rakyat dan penyokong Malaysia yang lain, saya juga meletakkan nilai yang sangat tinggi kepada tradisi.

Namun adakah tradisi kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus lemas dalam lautan kekalahan? Tradisi kita kah sebagai penyokong pasukan Malaysia  untuk takut dengan apa yang dinamakan ‘perubahan’?

Perubahan! Itu yang kita semua mahukan, betul? Dari corak permainan, ke pembangunan akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan.

Kalau boleh, semuanya kita mahu ubah – semata-mata demi maruah yang berpaksikan sukan bolasepak yang kita cintai.

Wahai “Harimau Malaysia”, tiada siapa menyangka kamu benar-benar akan muncul dalam kamus kehidupan kami.

Tapi mungkinkah kamu perubahan pertama bagi mengubah nasib kami yang sudah lama menderita?

Advertisement

Must Watch Video