Salah padang, salah pemain import, salah pemain tempatan, salah keadaan, apa sahaja yang tidak disalahkan B. Sathianathan ketika awal musim ini, namun ketua jurulatih Selangor itu kini lebih selesa untuk menjawab segala kritikan dengan aksi pemainnya di atas padang.
Biarpun tidak bermula baik musim ini, skuad Gergasi Merah itu masih mampu untuk menamatkan separuh pertama Liga Super di tangga ketiga dengan 17 mata -- lapan mata di belakang Pahang dan 10 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sepanjang lima perlawanan pertama, Selangor tidak lari daripada kelompok separuh terbawah sehingga pernah menduduki tangga ke-10 selepas tewas 2-4 kepada JDT di Stadium Shah Alam, 1 Mac lalu.
Dalam tempoh itu, Selangor tidak pernah menang dalam lima perlawanan pertama dan ia mencetus kemarahan penyokong yang mengharapkan pembaharuan drastik musim ini.
Ketika itu, Sathianathan dilihat kerap memberikan alasan dan dia mendapat kecaman hebat peminat Selangor sehingga terciptanya tanda pagar #sathiaout yang tular di laman sosial.
Namun, segala-galanya telah berubah.
Mungkin mempelajari sesuatu daripada kritikan dan kempen yang dilancarkan ke atasnya, Sathianathan mula menjawab kritikan itu dengan prestasi cemerlang pasukannya dalam saingan liga.
Rekod lima perlawanan tanpa kemenangan itu telah diubahnya kepada rekod enam perlawanan tanpa kekalahan.
Bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur, 10 Mac lalu, Selangor mengorak langkah untuk meraih tiga kemenangan lagi -- ke atas Terengganu, Melaka dan PKNP FC -- selain dua keputusan seri ketika menentang Perak dan Kedah.
"Jurulatih kena tukar, padang kena tukar, but kena tukar tetapi saya hanya meneruskan kerja saya dan saya memberitahu pemain bahawa kami masih ada harapan.
"Dan jika kerana saya pasukan ini gagal beraksi baik, saya akan pergi.
"Jika anda tanyakan kepada pemain, saya sentiasa memberikan 100 peratus sepanjang masa," kata Sathianathan ketika mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan kepadanya selama ini.
Jelas, kebangkitan yang dilakar Selangor itu sedikit-sebanyak membantu Sathianathan untuk menutup mulut pengkritik.
Jika dulu peminat akan bertindak menghujani setiap kiriman berkaitan pasukan Selangor dengan kritikan ke atas ketua jurulatih itu, mereka kini seakan-akan senyap selepas tiada lagi alasan daripadanya.
Jika disingkap sejarah pasukan Selangor, Sathianathan bukanlah jurulatih pertama yang mendapat kritikan peminat.
Bahkan, bekas pengendali, Mehmet Durakovic, turut pernah berdepan nasib sama ketika Selangor tidak beraksi konsisten dalam musim 2015.
Namun, selepas merealisasikan misi kejuaraan ke-33 Piala Malaysia, jurulatih kelahiran Australia itu kembali dijulang sedang golongan yang mengkritik dulu itu jugalah yang mempertahankannya ketika digantikan dengan Zainal Abidin Hassan dalam musim berikutnya.
Jika hendak diikutkan, Sathianathan masih ada masa untuk melengkapkan sasarannya musim ini.
Selangor kini masih di tangga ketiga Liga Super dan secara matematiknya, dengan 11 perlawanan berbaki, Selangor seharusnya masih memiliki peluang untuk bergelar juara.
Ditambah dengan saingan Piala Malaysia yang masih belum bermula, sasaran satu piala yang diletakkan Sathianathan bagi musim ini masih boleh dicapai.
"Kami masih bersaing dalam Liga Super selain masih boleh mengejar kejuaraan Piala Malaysia.
"Kami mahu beraksi baik dan menduduki kedudukan lebih baik dalam liga dengan sekurang-kurangnya tempat ketiga.
"Tempat ketiga sudah cukup baik untuk Selangor.
"Namun, selepas itu masih ada Piala Malaysia dan di situlah sasaran kami, jadi kami perlu meneruskannya," katanya ketika mengulas mengenai peluang mencapai sasaran itu.
Sudah pasti kejayaan meraih satu piala sudah cukup bagus buat penyokong Selangor.
Andai ia dapat direalisasikan, terutama dalam saingan Piala Malaysia, nescaya Sathianathan akan menjadi ketua jurulatih yang disanjung peminat Selangor.