Sepanyol boleh dianggap salah satu pasukan negara Eropah yang sedang meningkat naik yang perlu diberi perhatian serius berdasarkan kejayaan mereka dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
Pencapaian Sepanyol melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik 2016 membolehkan mereka memecah masuk dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia dengan kini menduduki tangga kesembilan.
Saya amat terkejut dengan prestasi Sepanyol sejak dua bulan lalu terutama dalam saingan FIH Pro League, bulan lalu dan bulan ini.
Sepanyol adalah pasukan yang paling banyak bermain, iaitu sembilan perlawanan berbanding tujuh lagi negara bertanding seperti Belgium, Australia, Great Britain, Argentina, Australia, Jerman, Belanda dan New Zealand.
Sejak bulan lepas hingga sekarang, skuad bimbingan Federico Soyez itu sudah bermain enam perlawanan tetapi satu pun yang berakhir dengan kemenangan.
Sepanyol kalah 1-2 kepada Australia pada 2 Mac diikuti seri 3-3 dengan New Zealand, enam hari kemudian sebelum sekali lagi seri dan kali ini 4-4 dengan Jerman pada 15 Mac.
Langkah sumbang Sepanyol berterusan apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut selepas itu.
Mereka tewas tipis 2-3 kepada Argentina pada penghujung bulan lepas sebelum diaibkan oleh juara Piala Dunia 2018, Belgium, dengan kekalahan memalukan 3-7 pada 10 April.
Tiga hari kemudian, giliran Belanda pula meratah Sepanyol dengan kemenangan 4-0.
Saya melihat kekalahan demi kekalahan boleh menjejaskan peluang Sepanyol untuk menempatkan diri sebagai empat pasukan teratas, sekali gus beraksi pada Grand Final FIH Pro League dilihat semakin sukar.
Bekas gergasi Eropah satu masa dahulu ini perlu bangkit dalam pusingan kedua FIH Pro League dengan perlawanan seterusnya bertemu Great Britain, 4 Mei ini.