Kegagalan pengurusan Perlis FA melunaskan gaji yang tertunggak bekas pemain mereka pada 2018 mengundang pelbagai persoalan dan pertanyaan daripada ramai pihak.
Walaupun perubahan pucuk pempinan tertinggi Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) baru, namun nasib bekas pemain-pemain ini masih tidak terbela.
Umum sudah mengetahui pada 2019 ini Perlis membuat penjenamaan yang begitu drastik daripada segi sistem pengurusan dan pembangunan pasukan.
Ini mengambarkan bahawa pucuk pimpinan baru Perlis yang diketuai oleh Datuk Ahmad Amizal Shaifit mempunyai visi dan misi mereka dalam membangunkan bola sepak Perlis.
Dengan menandatangani nama-nama besar dalam bola sepak Malaysia dan membuat persiapan menyeluruh pasukan bola sepak padang sehingga ke futsal menggambarkan pengurusan baru ini mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu menyelesaikan tunggakan gaji itu dengan segera, namun kontroversi tunggakan gaji masih menyelubungi Perlis sehingga kini.
Ini memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengeluarkan kenyataan menyelar sikap bekas pemain Perlis yang membuat sidang media dan menyuruh mereka bersabar selama 60 hari kerana jika tiada pembayaran dilakukan Perlis dalam jangka masa itu, maka Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menahan geran Perlis dan melunaskan tunggakan gaji pemain itu.
Apa yang penulis lihat sepatutnya dalam perkara ini FAM perlu bertindak bijak dalam membuat kenyataan, memang benar sekiranya tidak dapat dilangsaikan tunggakan gaji bekas pemain Perlis itu, MFL akan membayarnya itu adalah fakta.
Sepatutnya FAM perlu menjadi sebuah organisasi yang berkecuali dan bersikap professional kerana peranan FAM adalah untuk memastikan semua pemegang taruh (persatuan negeri, kelab/pemain/penyokong) dijaga dengan adil dan bukan hanya menyalahkan bekas pemain Perlis itu yang juga dikatakan digunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan pengurusan Perlis.
Apakah kenyataan ini untuk menjaga kepentingan dalam pemilihan pada 2021 nanti?