Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, kami krew Astro Arena sudahpun berlepas ke Jakarta dan Palembang untuk liputan Sukan Asia 2018.
Apa yang boleh dijanjikan, kami akan membawakan liputan menyeluruh untuk membawa penonton lebih dekat dengan 426 atlet negara.
Kita tahu bahawa mereka menggalas cabaran raih sekurang-kurangnya tujuh pingat emas walaupun berdasarkan rekod temasya lalu, ia tidak cukup untuk menamatkan cabaran dalam kelompok 10 negara terbaik.
Ketepikan soal pingat terlebih dulu.
Dalam perjalanan ke Jakarta, satu persoalan belum terjawab.
Apa nasib regu takraw negara? Adakah mereka dapat beraksi pada Sukan Asia sekaligus tarik diri acara berpasangan berpasukan?
Itu acara yang mampu menyumbang emas kepada Malaysia.
Saya cuba menghubungi Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, namun tiada jawapan.
Difahamkan, beliau dalam perjalanan ke Jakarta kerana ada mesyuarat Chef-de-mission (CDM). Mungkin itu peluang untuk menyenaraikan semula regu negara.
Saya menghubungi beberapa pegawai Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC). Jawapan tetap sama, regu negara tidak tersenarai.
Langkah terakhir ialah menerusi Panel Abitrasi yang perlu dilakukan sebelum mesyuarat pengurus pasukan sepak takraw pada 17 Ogos ini. Tetapi saya fikir ia tidak menjamin apa-apa.
Kami perlu teruskan tugas sebaik tiba di Jakarta dengan beberapa pelan liputan.
Skuad bola baling sedang menjalani latihan sebelum memulakan cabaran Isnin ini. Bola baling acara pertama yang membuka tirai.
Atlit ekuestrian juga sudah tiba di Jakarta. Mungkin juga perlu meninjau bilik gerakan sekretariat Malaysia yang diuruskan pegawai MOM, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
Kepada peminat, jangan lupa liputan menyeluruh di Astro Arena. Kami akan bawakan cerita kejayaan atlit negara. Daripada kayuhan Azizulhasni Awang kepada pukulan Datuk Nicol Ann David.
Daripada tumbukan padu Shakilla Salni Jefry Krishnan kepada lentikan Pandelela Rinong.
Doakan kejayaan atlet negara buru tujuh pingat emas!