Skip to main content

Rencana

Apa nak risau, JDT dah tentu juara

jdt.jpg
Reaksi bersahaja Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, membawa kepada realiti yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Berbekalkan perbezaan jurang ketara kutipan mata dalam saingan Liga Super ketika ini, Irfan berani meletakkan kepastian bahawa tiada mana-mana pasukan mampu menandingi kelebihan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Tiada apa perlu dirisaukan lagi, trofi Liga Super masih kekal di tangan JDT."

Itu reaksi Irfan sebaik wartawan cuba mendapatkan reaksi berhubung kelebihan yang ada pada JDT ketika ini.

Irfan ditemui selepas kekalahan 0-2 Terengganu kepada JDT dalam aksi Liga Super di Larkin pada Rabu.

Ketika ini JDT begitu selesa dengan 41 mata, 13 mengatasi pencabar di tangga kedua iaitu Perak.

JDT hanya perlu mencatat dua lagi kemenangan dalam saingan liga bagi mengesahkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

Bagaimanapun, jurulatih JDT, Raul Longhi, tidak mahu bersikap terlalu terdesak untuk menjulang kejuaraan, sebaliknya mahu menghabiskan baki perlawanan dengan sasar prestasi terbaik pemainnya secara satu persatu.

"Saya tidak mahu begitu cepat menyulam angan-angan untuk julang kejuaraan sebaliknya habiskan tanggungjawab secara satu persatu lebih baik dan tidak terlalu tertekan," ujar Longhi.


Kredit foto: Facebokk Johor Southern Tigers

Advertisement

Must Watch Video