RENCANA
Apa jaminan kerjaya Fatehah
Bekas ratu trek negara, Fatehah Mustapa meninggalkan legasi yang cukup membanggakan selepas bersara.
Fatehah, 33, muncul satu-satunya pelumba trek wanita negara yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik (London 2012 dan Rio 2016), Kejohanan Dunia selain kejohanan antarabangsa berprestij lain.
Dia mengumumkan persaraan selepas 17 tahun mengabdikan diri dalam basikal trek.
Iklan
Realitinya, persaraan Fatehah tidak seindah perjalanan kariernya.
Pelumba kelahiran Terengganu ini mengambil masa lama untuk tampil dengan kenyataan di laman sosial – sehari selepas laporan di Nadi Arena.
Ia mengundang persoalan mengenai aspek psikologi Fatehah.
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang: “Saya harap beberapa pihak seperti MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) memantau keadaan Fatehah".
“Proses transisi ini penting dimana ada atlit elit yang gagal menghadapinya hingga depression (tekanan). Fatehah sudah menghabiskan tempoh hampir dua dekad untuk negara, saya harap ada pihak menawarkan pekerjaan untuknya”.
Pengarah Bahagian Persediaan Atlit MSN, Jefry Ngadirin: “Kami mempunyai Program Kerjaya dan Pendidikan Atlit (MACE). Perkara ini sudah dibincangkan dan kami merancang untuk melantik Fatehah sebagai jurulatih pembangunan trek negara".
“Cuma, Fatehah perlu mendapatkan lesen terlebih dulu. Itu saja,”.
Selain jurulatih, ada juga khabar mengenai beberapa syarikat yang berminat menawarkan pekerjaan kepada Fatehah cuma maklumat itu tidak begitu jelas – mungkin perbincangan sedang dijalankan.
Apa yang penting ialah jaminan kerjaya terhadap atlit.
Mereka sudah menghabiskan tempoh lama mewakili negara. Mengetepikan soal pelajaran dan kerjaya demi lencana di dada.
Bukan untuk melantik mereka memegang jawatan besar tetapi biarlah ada kerjaya yang dapat menjamin masa depan.
Kita bercakap mengenai seorang atlit yang memiliki nama besar dan boleh jadi penanda aras kepada remaja dan kanak-kanak yang mahu mengikut jejak langkah mereka.
Must-Watch Video