Baru-baru ini, kecoh di media sosial dan laman web tentang nasib bekas bintang Turki, Hakan Sukur, apabila dikhabarkan kini menjadi pemandu Uber.
Pada zaman kegemilangan Turki sekitar tahun 2000, Hakan menjaringkan gol terpantas dalam Piala Dunia 2002, hanya 11 saat perlawanan bermula dalam pertemuan dengan Korea Selatan.
Saya masih ingat kelibat Hakan yang penuh dengan karisma di atas padang dan namanya sinonim dengan Turki bersama dengan seorang lagi pemain Turki terkenal pada ketika itu, penjaga gol, Rustu Recber.
Namun tumpuan pada cerita ini ialah bagaimana penglibatan Hakan dalam bidang politik selepas bersara daripada bola sepak menyaksikan dia berpindah ke Amerika Syarikat dan pergelutan politik di Turki ketika itu membawa impak negatif kepada Hakan, yang terpaksa menjadi pemandu Uber serta menjual buku untuk menampung kehidupan, perbezaan ketara daripada nikmat sebagai seorang pemain bola sepak.
Bukan Hakan sahaja yang menjauhkan diri daripada bola sepak, bekas penjaga gol Barcelona dan Sepanyol, Victor Valdes, kini meneraju 'dating app' ala Tinder yang dinamakan Hola Dating.
Ada juga bekas pemain bola sepak yang menceburi bidang hiburan seperti lakonan. Nama yang paling terkenal menjadi pelakon ialah Eric Cantona, tetapi mungkin ramai juga yang tidak tahu Frank Leboeuf, yang bersama dengan pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998, juga menceburi lakonan dan watak kecil yang dilakonnya dalam filem The Theory of Everything turut mendapat pencalonan Academy Award.
Itulah lumrah kehidupan, ada yang menikmati kegemilangan sewaktu bergelar pemain dan rasa seksaan apabila bersara, namun ada juga yang lebih unggul dalam bidang yang tidak membabitkan sukan.
*Kredit foto: Sport Bible