Sudah berdekad lamanya bola sepak menjadi sukan utama dunia dengan saingan Liga Perdana Inggeris antara yang popular dan mendapat tempat istimewa di kalangan peminat sukan ini dari pelbagai lapisan masyarakat.
Isu menjual permainan yang pernah menggemparkan dunia suatu masa dahulu semakin dilupakan, seiring penambahbaikan mutu pengadilan saingan yang menampilkan 20 pasukan musim ini.
Antara usaha yang di perkenalkan dalam menangani ketidakadilan dalam kebergantungan sesuatu perlawanan terhadap kecekapan dan ketelusan barisan pengadil dan penjaga garisan liga perdana adalah implementasi Video Bantuan Pengadil, VAR selepas ianya dilihat memberi impak positif dalam beberapa kejohanan lain.
Sebaliknya, kontroversi tetap berlaku.
Namun deretan drama ini dilihat tidak begitu berbaloi dan menyeronokkan.
Penggunaan VAR lebih bersifat hitam atau putih dan tiada lagi kelabu di antaranya.
Ia dilihat semakin membunuh kemeriahan saingan ini dengan kebelakangan ini, beberapa jurulatih yang lantang bersuara turut sama menyatakan pendirian mereka menentang VAR.
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola misalnya melabel VAR sebagai ‘complete mess’ yang membuat saingan liga perdana semakin hilang seri dengan setiap minggu hanya VAR perkara paling menarik untuk diperkatakan walaupun pasukannya berjaya merekod kemenangan.
Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuna Espirito Santo pula pulang dengan perasaan marah dari pertemuan menentang Liverpool dimana ini merupakan perlawanan kedua berturut- turut anak buahnya menjadi mangsa VAR.
Sebelum itu, Wolves berjaya meraih 3 mata ketika berdepan The Citizens tetapi ia masih belum mampu memadam rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan VAR menghadiahkan sepakan penalti terhadap lawan.
Liverpool yang ketika ini memimpin liga antara pasukan yang menjadi mangsa kecaman para penyokong dan peminat yang tidak berpuas hati dengan impak dari keputusan VAR – ada diantara mereka yang menularkan hashtag tertentu serta memperlekehkan anak buah Jurgen Klopp dengan ejaan Li-VAR-pool dalam setiap penulisan di laman sosial serta mengandaikan kejuaraan liga yang dinantikan selama 30 tahun itu tidak berkualiti.
Ketika segala situasi ini tidak pasti sama ada akan menjadi lebih baik pada musim hadapan atau pun sebaliknya, timbul pula ura-ura untuk mengembangkan penggunaan teknologi dalam bola sepak selepas ini dan ia sudah pasti akan turut membabitkan saingan liga perdana.
Arkitek Brighton & Hove Albion, Graham Potter antara yang menyuarakan kebimbangan mengenai perkara ini ketika ditemu ramah wartawan menjelang pertemuan pasukannya dengan Chelsea pada sambutan tahun baharu 2020.
Jika kepakaran dan pandangan pengadil kini sudah tidak lagi menjadi pilihan utama dalam kebanyakan perlawanan, tidak mustahil bola sepak akan dihakimi oleh drone atau robot suatu hari nanti – namun persoalannya, apakah ia akan tetap memberikan kita pengalaman menonton yang sama seperti bola sepak sekarang dimana kita mampu beremosi ketika pasukan kesayangan menang atau pun tewas?
Kepada yang bersetuju, pastinya faham mengapa Potter secara terang-terangan mahu penggunaan VAR dihentikan dari saingan liga perdana yang mungkin antara harapannya untuk dekad mendatang ini.
Langkah ini secara tidak langsung mampu memberi tanda bahawa liga perdana tidak menyokong sebarang langkah penggunaan teknologi tanpa manusia dalam membuat keputusan.
Kehidupan manusia itu diindahkan dengan adanya perkara-perkara yang diluar jangkaan berlaku atau dari segi suka dan dukanya yang boleh di interpretasikan seperti pelangi yang memiliki kepelbagaian warna yang menceriakan.
Tidak hairanlah sekiranya Potter lebih senang dengan drama menyalahkan pengadil perlawanan dalam memutuskan sesuatu perkara sebagai sebahagian daripada dinamiknya bola sepak itu dan ia dirasakan
memberi pengajaran yang lebih relevan kepada manusia.
Apa pun, Selamat Tahun Baru dan selamat datang dekad 20!