Malang buat skuad bola sepak wanita negara yang beraksi di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan bertemu Filipina, Myanmar dan Thailand. Tambah memilukan apabila kita hanya mampu meledakkan 1 gol menerusi Dadree Rofinus sewaktu berdepan Filipina selain dibolosi sebanyak 13 kali.
Episod duka skuad bola sepak wanita sebenarnya telah boleh diduga sebelum bermulanya temasya dwi tahunan rantau asia tenggara ini. Biarpun berjaya mempamerkan persembahan baik sewaktu tewas 2- 0 di tangan India selain menumbangkan pasukan Singapura dalam perlawanan persahabatan, namun kekuatan kita masih belum setanding dengan pasukan bola sepak wanita seperti Thailand dan Myanmar.
Lihat sahaja Thailand, mereka layak beraksi di Piala Dunia Wanita 2015 selain menduduki ranking ke 29 dunia, Myanmar pula menduduki tangga ke 45 dunia dan Filipina di tangga ke 71 dunia. Kita pula berada paling bawah di kalangan pasukan serantau di tangga 80 dunia. Kedudukan ranking sahaja sudah jelas menunjukkan betapa kita amat jauh ketinggalan.
Dayang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kontinjen bola sepak wanita Malaysia kerana ianya jauh berbeza dengan skuad lelaki yang diberikan pujian atas prestasi semasa mereka. Namun Dayang tetap berbangga melihat semangat juang setiap pemain di atas padang. Pemain-pemain muda seperti Nurul Azurin, Nur Haniza Saarani dan Marella Angela, Dayang lihat mampu menjadi tonggak pasukan di masa yang akan datang.
Dayang turut sependapat dengan jurulatih bola sepak wanita negara, Asyraaf Abdullah yang mengakui malaysia memerlukan sekurang-kurangya 5-6 tahun untuk menjadi pesaing kepada pasukan serantau. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan ianya akan memakan masa namun yang positifnya, skuad kali ini dilihat lebih baik dari skuad yang terdahulu.
Malaysia akan berdepan Vietnam yang berada di ranking ke 32 dunia pada Khamis dan Dayang harapkan skuad ini mampu mengakhiri temasya Sukan Sea KL 2017 dengan sesuatu yang boleh dibanggakan. Ayuh Malaysiaku!