Lionel Messi tidak pernah menyangka akan mencapai begitu banyak kejayaan pada permulaan kariernya sebagai pemain bolasepak. Beliau pada mulanya hanya mengimpikan menjadi seorang pemain profesional dan ingin menimba sebanyak mungkin pengalaman.
Namun, berkat usaha yang tidak pernah putus dan sokongan berterusan daripada orang sekeliling, Messi menjadi antara pemain terbaik dunia dan kini paling banyak merangkul Kasut Emas Eropah.
Messi mengatasi seteru utamanya, Cristiano Ronaldo, dengan melengkapkan rekod anugerah Kasut Emas yang kelimanya mengatasi rekod bintang Portugal itu yang mencapai empat Kasut Emas.
Beliau dinobat penjaring terbanyak Eropah setelah meledak 34 gol dalam 36 perlawanan bersama Barcelona mengatasi Mohamed Salah dengan jumlah 32 jaringan. Empat anugerah buat Messi sebelum ini dicapai pada tahun 2009/2010, 2010/2011, 2012/2013 dan 2016/2017.
Harry Kane berada di kedudukan penjaring ketiga terbanyak sementara Ronaldo di tempat keempat di mana beliau yang sebelum ini beraksi buat Real Madrid dan kemudian berhijrah ke Juventus, mengakhiri musim lalu dengan 26 jaringan menerusi 27 penampilan.
Dalam saingan La Liga baru-baru ini, Messi meledak hatrik bagi membantu kemenangan 5-0 Barcelona ke atas Levante dan menghadiahkan satu jaringan buat Barca ketika menentang Celta De Vigo.
Ketika ditanya akan undian Barcelona yang akan bertemu Lyon dalam pusingan 16 terbaik Liga juara-juara, Messi berpendapat Lyon adalah pasukan berbahaya dan mampu melakukan kejutan. Oleh itu, mereka perlu bersiap sedia untuk meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah nanti.
Justeru, dengan kejayaan ini, peminat bolasepak terus mempertikaikan kedudukan Messi di tempat kelima Anugerah Ballon D’or tempoh hari yang dikatakan keputusan yang tidak tepat.
Messi kini juga meletakkan diri di carta paling atas dengan 15 jaringan dalam misinya merangkul Kasut Emas yang keenam.