Ahmad Amsyar Azman terjun ke dunia baru selepas mengumumkan persaraan sebagai penerjun negara, September lalu.
Kali ini, beliau bertindak sebagai pengulas ketika Grand Prix Fina di Kuala Lumpur - menilai prestasi bekas rakan sepasukan seperti Ooi Tze Liang, Chew Yiwei, Wendy Ng Yan Yee dan ramai lagi.
Saya mengikuti perkembangan Amsyar dan yakin, beliau berpotensi melangkah jauh dalam bidang ini.
"Saya rasa seronok. Dapat bercakap mengenai teknik dan kesalahan yang sering berlaku dalam sukan terjun".
"Banyak perkara yang mahu saya kongsikan dengan peminat sukan negara mengenai aspek teknikal yang ramai tidak tahu".
"Saya sudah jatuh cinta dengan tugas ini dan berharap dapat bergandingan lagi dengan pengulas Astro Arena yang berpengalaman," katanya.
Saya gembira dapat membuka laluan baru untuk Amsyar.
Dia bukan atlit biasa-biasa, saya mengikutinya sejak lebih sedekad lalu.
Amsyar penerjun yang memiliki kekuatan paling hebat dalam skuad negara.
Penerjun kelahiran Perlis ini sudah menyertai semua kejohanan utama, Sukan Sea, Komanwel, Asia, Olimpik dan Kejohanan Dunia.
Malah, saya ada pengalaman kontroversi dengan Amsyar selepas dia melakukan terjunan belly flop yang akhirnya membuka mata - banyak perkara yang peminat tidak faham.
"Amsyar masih berpeluang menyumbang dalam sukan terjun. Bantu menambahkan pemahaman peminat mengenai aspek teknikal terjun".
"Ramai yang kurang arif mengenai take off, belly flop, amstand, twist, DD, peraturan 6.25 dan banyak lagi. Ini tugas baru Amsyar," saya berpesan kepadanya.
Selepas bersara, nampaknya Amsyar terjun lagi.
Terjun dalam bidang penyiaran - jadi pengulas Astro Arena!