Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo, namun tahukah anda bahawa Ronaldo memiliki empat cahaya mata termasuk yang terbaru, Alana Martina.
Anak pertamanya, Cristiano Ronaldo Jr, atau popular dengan nama timangan "Cristianinho" kini berusia tujuh tahun dan tinggal bersama Ronaldo dan neneknya di Dolores, Madrid. Cristianinho dilahirkan pada 17 Jun 2010 di Amerika Syarikat.
Selain itu, Ronaldo turut memiliki sepasang kembar hasil daripada ibu tumpangan, namun identiti ibu kepada anak kembarnya tidak pernah didedahkan kepada umum. Sewaktu anak kembarnya lahir, Ronaldo sedang bersama skuad kebangsaan Portugal di Piala Konfederasi dan hanya membuat pengumuman selepas Portugal tewas kepada Chile.
Eva dan Matteo adalah nama yang diberikan kepada pasangan kembar tersebut.
Terbaru, Ronaldo mendedahkan di laman sosial Twitter miliknya bahawa dia baru sahaja menimang cahaya mata baru bersama Georgina Rodriguez pada 12 November lalu.
Ronaldo menjelaskan, dia memilih Alana dan Georgina memilih Martina untuk melengkapkan nama anak mereka. Ia merupakan pertama kali Ronaldo mendedahkan identiti si ibu dan anaknya kepada umum.
Dayang secara peribadi merasakan Ronaldo merupakan seorang yang penuh dengan sifat penyayang. Artikel media antabangsa turut melaporkan bahawa Ronaldo sentiasa teruja dengan kehadiran zuriat baru dan sentiasa menginginkannya kerana bagi Ronaldo, keluarga adalah segala-galanya.
Kehadiran Alana Martina diibaratkan sebagai satu anugerah yang perlu dijaga selain mengajar Ronaldo erti kasih sayang.
Siapa sangka pemain paling angkuh dan sombong di atas padang, merupakan insan biasa yang penuh dengan kasih dan sayang?