Al Jufferi Jamari, nama yang tidak asing dalam sukan pencak silat. Reputasinya dalam sukan silat ibarat Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicol Ann David dalam skuasy dan Azizulhasni Awang dalam berbasikal trek.
Apa tidaknya, dia sering mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Pencapaian hebat pesilat negara itu antaranya juara dunia 2012, 2015 dan 2016, empat emas Sukan SEA edisi 2011, 2013, 2015 dan 2017 dan perak Sukan Asia 2018 kelas Putra E.
Pendek kata, Al Jufferi yang pernah dinobat Olahragawan Kebangsaan antara pesilat terbaik yang pernah dilahirkan skuad pencak silat negara!
Namun, ketiadaannya dalam temasya Sukan SEA Filipina 2019 sedikit sebanyak memberi kesan kepada aura skuad silat negara yang menampilkan barisan pesilat muda tatkala dua emas menjadi sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysi (PESAKA).
Misi itu pada satu ketika tampak sudah kabur daripada pandangan setelah tumbangnya kapten negara, Faizul Nasir, kepada pesilat tuan rumah, Dines Dumaan, dalam kelas Putra B yang diselubungi kontroversi membabitkan insiden Faizul ditendang lawan.
Ketika skuad pencak silat negara teraba-raba mencari pingat emas kedua selepas emas pertama hadir dalam silat seni Ganda Putra daripada Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga, Zulfazly Zulfakar menjadi 'hero' Malaysia apabila merangkul emas kelas Putra D.
Zulfazly yang membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA mencipta kejutan apabila menewaskan juara Sukan Asia 2018, Hanifan Yudani Kusumah, dari Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik di pusat Konvensyen Subic semalam.
Zulfazly pada awalnya bergelut mendapatkan mata telah mencipta keajaiban 10 saat sebelum perlawanan berakhir apabila melakukan teknik jatuhan guntingan untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas lawan sambil disaksikan beberapa tetamu kehormat termasuk Chef de Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
"Budak ini luar biasa, ini Al Jufferi in the making. Kita semua boleh lihat, Zulfazly mempunyai potongan badan yang baik, malah dia juga memiliki karakter berani dan tidak gentar berdepan dengan sesiapa sahaja. Zulfazly buktikan dia jaguh baru dalam kelas d", kata Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Agung PESAKA.
Ini juga kejayaan yang cukup sentimental buat Zulfazly kerana beliau dapat mengulangi pencapaian bapanya selaku bekas pesilat negara, Zulfakar Abdul Majid yang meraih pingat emas Sukan SEA Filipina 1991 dan kini Zulfazly melakukan di negara yang sama.
Tahniah Zulfazly!