Belumpun selesai lagi kemelut di antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung kontrak Akhyar Rashid dan penghijrahannya, kini muncul pula cerita baru daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) apabila pertemuan di antara delegasi PFA yang diketuai presidennya, Datuk Ahmad Afizal Shaifit Ahmad Rafie, bersama pemain itu dan keluarganya berlangsung di kediaman mereka.
Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk melamar Akhyar menjadi pemain Perlis bagi musim 2019.
Ini satu lagi cerita yang akan mengundang kontroversi yang boleh menggugat masa depan kerjaya Akhyar sendiri.
Kenapa ini berlaku sedangkan kontrak Akhyar bersama Kedah hanya akan tamat pada November 2019?
Ini menunjukkan Akhyar masih lagi kepunyaan Kedah FA dan sekiranya benar ingin mendapatkan khidmat pemain itu, berbincanglah dengan majikannya untuk mendapatkan persetujuan pembelian pemain sebagaimana diamalkan oleh kelab-kelab profesional di serata dunia selain persetujuan daripada pemain sendiri.
Sekiranya Akhyar mempunyai masalah dengan majikan sekalipun atau menerima tawaran yang lebih lumayan daripada pasukan lain, berundinglah sehingga mencapai kata sepakat yang membawa keuntungan dan kebaikan buat ketiga-tiga pihak di meja rundingan, bukan dengan membelakangkan majikan.
Bagi kelab dan negeri yang inginkan mana-mana pemain yang masih mempunyai kontrrak, berurusanlah secara profesional di mana perlulah berkomunikasi dengan majikannya dan bukan berurusan terus dengan pemain.
Liga bola sepak Malaysia telah bergelar liga profesional sejak 1993, namun masih lagi ada segelintir sikap pengurusan dan pemain yang tidak mengamalkan etika profesional.
Sebaliknya mentaliti itu perlu diubah demi kemajuan industri bola sepak itu sendiri kerana sikap kita yang akan mencorakkan hala tuju dan pembangunan bola sepak Malaysia.