Kelab Manchester United melengkapkan pembelian pertahanan termahal dunia apabila mengikat pemain antarabangsa England, Harry Maguire, dengan kontrak enam tahun.
Pembelian bernilai GBP80 juta (RM408 juta) itu sekaligus memecahkan rekod pemain pertahanan termahal di dunia yang dipegang Virgil Van Dijk yang berpindah dari Southampton ke Liverpool dengan harga GBP75 juta
(RM383 juta). Ianya juga menyaksikan Maguire menjadi pemain kedua termahal di Old Trafford selepas Paul Pogba yang dibeli dengan harga GBP89 juta (RM454 juta) pada 2016.
Pembelian pemain berusia 26 tahun itu secara tidak langsung dijangka dapat menyelesaikan masalah utama United iaitu di bahagian pertahanan. Musim lalu sahaja, mereka bolos 54 gol dalam liga dan jumlah itu begitu menggusarkan pengendali, Ole Gunnar Solskjaer. Biarpun memiliki pemain dengan nama besar seperti Chris Smalling, Phil Jones, Ashley Young dan Marcos Rojo, namun Dayang percaya, United memerlukan nafas baru di bahagian pertahanan.
Jadi selain Maguire, kemasukan pemain muda, Aaron Wan-Bissaka, yang dibeli daripada Crystal Palace dengan harga GBP50 juta (RM255 juta) secara tidak langsung hampir menyempurnakan bahagian pertahanan daripada sering dibolosi kepada mungkin paling kental dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk musim baru ini?
Kenyataan di atas tidak keterlaluan andai dilihat kepada senarai pemain pertahanan yang diturunkan. Di sebelah kanan Wan-Bissaka, di tengah pula gandingan Maguire dan Victor Lindelof sambil Luke Shaw di pertahanan kiri manakala David De Gea di benteng terakhir.
Andai masalah di pertahanan dapat diselesaikan, Dayang percaya United akan menjadi pencabar utama dalam liga memandangkan di bahagian tengah dan serangan, Solskjaer mempunyai pelbagai pemain yang berkemampuan beraksi baik di atas padang. Jadi, bak datanglah Aguero ke, Salah ke, Aubameyang ke, pertahanan United sudah bersiap sedia!