Seorang atlit yang biasa menerima rawatan di hospital swasta, tiba-tiba mengalami kecederaan dibawa ke hospital kerajaan dan terpaksa mengikut prosedur seperti pesakit lain. Apa yang bermain di fikirannya?
Salah satu mungkin, kenapa saya dibawa ke sini? Atau, kenapa saya perlu menunggu lama seperti pesakit lain?
Apa yang pasti, atlit tidak biasa dengan perubahan ini. Apa yang mereka tahu, kecederaan perlu dirawat segera kerana mereka akan dikerah sekali lagi untuk buru pingat demi negara sebaik pulih.
Saya yakin, masih ada atlit negara tidak dimaklumkan mengenai Skim Kesihatan Atlit Kebangsaan dimana mereka akan menerima rawatan Kelas Kedua di hospital kerajaan.
Perbezaan paling utama? Tiada lagi layanan khas seperti hospital swasta memandangkan elaun latihan mereka sudah dinaikkan. Jadi pasti ada pro dan kontra atas keputusan kerajaan.
Isu berlaku apabila Rayzam menaikkan status di laman sosial mengapa rawatan lewat diberikan. Bagi kakitangan kerajaan, ia sesuatu yang negatif kerana keutamaan perlu diberikan kepada pesakit lebih kronik.
Tetapi bagi atlit, ini sesuatu yang tidak normal.
Persoalannya, adakah mereka dimaklumkan mengenai perubahan sistem rawatan? Adakah pegawai persatuan atau Institut Sukan Negara atau Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan bahawa tiada lagi rawatan di hospital swasta?
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma saya fikir, masalah seperti ini akan berulang lagi. Bayangkan jika ia menimpa atlit memiliki reputasi lebih besar seperti Pandelela Rinong atau Azizulhasni Awang - adakah mereka juga perlu melalui perkara sama?
Mungkin dalam proses perubahan ini ada perkara yang tidak lancar. Moga insiden ini jadi pengajaran dan atlit harus sedar, tiada lagi rawatan di hospital swasta OK!