Ramai mengetahui bahawa Sukan SEA, Filipina 2019 tidak seindah khabar apatah lagi banyak venue pertandingan sedang melewati fasa akhir untuk disiapkan walaupun terdapat beberapa perlawanan sudah dijalankan seperti bola sepak dan polo air.
Penganjur juga seperti tidak menjangkakan bahawa terdapat beberapa kontinjen negara akan tiba lebih awal untuk menguji venue pertandingan.
Kenapa penulis katakan yang penganjur tidak menjangkakan ketibaan mereka adalah kerana tiada bantuan logistik mahupun penginapan buat atlet negara bagi yang tiba awal beberapa hari.
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan buat negara Malaysia kerana ia bukan sahaja dialami oleh atlet negara Malaysia tapi semua kontinjen.
Walaupun perkara seperti ini berlaku, kita masih boleh lihat bahawa dalam bola sepak, Indonesia masih menang dan bagi beberapa sukan lain mereka masih boleh mengerahkan kudrat untuk beri yang terbaik buat negara.
Penulis tidak memandang rendah kebolehan atlet Malaysia, selepas menemu ramah atlet negara, mereka pun tidak ingin menjadikan masalah-masalah penganjur sebagai alasan.
Bagaimanapun itu hanya mulut yang berbicara, sejauh manakah hati mereka sedia untuk menempuh segala cabaran yang bakal dihadapi, adakah atlet negara kita bersedia bukan sahaja dari segi fizikal tetapi daripada segi mental di mana ia mungkin menganggu prestasi mereka, gangguan daripada luar kawalan mereka.
Itu persoalannya, jadi marilah kita sama-sama saksikan dan menyokong kontinjen Malaysia mencapai sasaran 70 pingat emas bagi temasya dwi-tahunan ini dengan menonton siaran langsung di Astro Arena!