Skip to main content

Rencana

Ada apa dengan 3 jam? bekas Atlet dedah Rahsia...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sddefault.jpg
Pengalaman sebagai atlet sepak takraw wanita negara selama 6 tahun pada 2013 sehinggalah 2019 pasti menggamit memori indah wanita hebat yang bernama Alice Harun. 

Selaku kapten pasukan negara pada 2019, Alice juga memkalumkan bahawa dalam tempoh 7 hari penuh, 5 hari digunakan sepenuhnya olehnya dan rakan sepasukan untuk meluangkan masa dalam tempoh 3 jam setiap hari untuk berlatih secara berkala. 

Hal ini kerana, Alice berpendapat bahawa ianya sangat penting untuk mendapatkan kualiti latihan yang terbaik bagi membangunkan nama negara. Ini adalah alasanya mengapa sitausi latihan 3 jam ini dilaksanakan? 

"Sebab setiap posisi itu ambil masa  yang lama,macam Alice tekong, contoh kami ada lima  orang tekong, jadi  setiap orang kena buat secara berganti-ganti.

"Contohnya, kami akan buat bola gantung, seorang kena ambil 20  atau kena servis 20 kali tanpa henti. 

"Jadi kita boleh kiralah untuk lima orang itu, mesti sampai sejam-sejam-sejam, itu untuk teknik sahaja kalau gelanggang lagi dua jam, lebih kurang macam itulah.

"Selain daripada teknik, gelanggang, kecergasan pun sama juga , jadi 3 jam untuk saya biasa. kami juga akan turun 30 minit sebelum jadual. 

Untuk trivia, Alice kini berkhidmat sebagai pengacara TV dan hos di Astro Arena bagi rancangan Nadi World, NadiTerkini, Nadi Weekend dan lain-lain. 

Bagi sesiapa yang mahu melihat Alice bersiaran boleh ikuti siaran Nadi Weekend petang ini pada jam 7.30. 

Advertisement

Must Watch Video