Suatu ketika dulu, penjaga gol Itali Gianluigi Buffon mengatakan bahawa beliau akan beraksi di Piala Dunia 2018 di Rusia jika Itali layak.
Tapi kini segalanya hampir berubah apabila penjaga gol berusia 39 tahun ini mengesahkan 99.9 % yang beliau akan menggantung but dan sarung tangannya pada musim hadapan, iaitu sebelum bermulanya Piala Dunia.
Dayang yang membaca laporan media antarabangsa turut terkejut dengan berita ini kerana Dayang merasakan Buffon masih mampu beraksi buat kelab dan juga negara.
Dilaporkan bahawa keputusan itu dibuat selepas Juventus tewas di tangan Real Madrid pada final liga juara-juara eropah, sekaligus mematikan harapan Buffon untuk beraksi di Piala Kelab Dunia.
Untuk rekod, Buffon memulakan kariernya pada tahun 1995 bersama Parma sebelum berhijrah ke Juventus pada 2001 hingga kini.
Biarpun Juventus terpaksa beraksi di Serie B pada musim 2006-07, Buffon tetap setia bersama Juventus dan Dayang merasakan kesetiaan itulah yang menyebabkan Buffon disukai ramai.
Dayang masih ingat sebelum sepak mula final di Cardiff, bagaimana peminat bola sepak di seluruh dunia meluahkan di sosial media keinginan mereka yang mahu Juventus menjuarai liga juara-juara eropah semata-mata mahu melihat Buffon menjulang trofi berprestij itu.
Selesa di sapa dengan panggilan 'Gigi' , Buffon telah memenangi Piala Dunia pada 2006 dan pastinya persaraan beliau nanti akan diraikan dengan meriah sama seperti apa yang berlaku kepada Francesco Totti di AS Roma.
Dengan Itali kini berada dalam prestasi terbaik tidak tewas selama 11 tahun dalam kelayakan Piala Dunia dan kali terakhir mereka tewas adalah pada 2006 di tangan Perancis, ketiadaan Buffon nanti dilihat turut memberikan ruang kepada penjaga gol baru , Gianluigi Donnarumma untuk menimba pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.