23. Tiada putaran dalam pusingan kelayakan yang normal. Salah satu kisah paling menghairankan adalah kontroversi yang melingkari Sam Allardyce. Pengurus yang antara paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris itu dilantik pada 22 Julai 2016, beberapa minggu selepas keaiban daripada kekalahan England kepada Iceland dalam Euro 2016. Allardyce memimpin sebuah pasukan yang diperbaharui ke pusingan kelayakan Piala Dunia dan memenangi perlawanan pertamanya hasil gol Adam Lallana dalam masa kecederaan. Anehnya, itu adalah satu-satunya perlawanan di bawah tanggungjawabnya. Wartawan-wartawan Daily Telegraph yang menyamar, berjaya memancing Allardyce untuk tampil mendedahkan dirinya sebagai seorang yang korup. Keesokannya, Allardyce meletakkan jawatan.
24. Gareth Southgate mengambil alih tugas pengurus England, meredakan keributan yang berlaku, dan mengemudi England dalam kempen kelayakan dengan jayanya. Mereka menamatkannya tanpa sebarang kekalahan sambil meraih 26 daripada maksimum 30 mata. Tetapi penanda aras ditetapkan oleh pasukan-pasukan yang secara tradisinya kuat. Brazil menjuarai kelayakan CONMEBOL dengan markah penuh 10. Selainnya, di Eropah, Portugal meraih 27 daripada 30 mata. Sepanyol menghimpun 28 mata dengan kelebihan 33 gol. Belgium, juga dengan 28 mata, memiliki kelebihan jaringan 37 gol. Dan Jerman – sudah pastilah Jerman – adalah barisan tunggal daripada 208 pasukan untuk menyudahkan kelayakan dengan sempurna: 10 kemenangan, 30 mata, menjaringkan 43 gol dan bolos empat, serta dalam perjalanan untuk mempertahankan kejuaraan.
25. Daripada senarai penjaring terbanyak, Robert Lewandowski tampil selaku pemenang bersama dengan 16 gol. Cristiano Ronaldo mengharungi 10 perlawanan dengan 15 gol. Tapi dua lagi nama dalam kelompok empat penjaring terbanyak menonjolkan kepelbagaian: Mohammad Al-Sahlawi (Arab Saudi) dan Ahmed Khalil (UAE) terikat dengan Lewandowski dengan 16 gol.
26. Lionel Messi pula berhak kepada sanjungan tersendiri. Adalah sukar buat G.O.A.T. (greatest of all time – terhebat sepanjang zaman) untuk menambah kepada legendanya sendiri. Pada satu malam di Ecuador, Messi melakukannya. Tetapi ia menyusul pada penghujung beberapa tahun yang bergelora. Messi terlepas lapan daripada 18 perlawanan kelayakan Argentina. Dia terpaksa menangani pelbagai kecederaan. Dia digantung empat perlawanan pada Mac lalu gara-gara memaki pengadil. Oh, kecuali kita terlupa, dia bersara daripada pasukan kebangsaan pada satu malam yang tidak boleh dilupakan di New Jersey pada Jun tahun lalu, hanya untuk kembali tanpa terlepas sebarang perlawanan untuk mengalahkan Uruguay pada September. Daripada 10 perlawanan bersama Messi, Argentina meraih 21 mata. Daripada lapan tanpanya pula, Argentina hanya mendapat tujuh mata. Jadi, sudah tentulah Messi yang menjadi penyelamat pada penghujungnya.
27. Bukti sama ada berhempas-pulas di peringkat kelayakan boleh meramalkan kegagalan dalam Piala Dunia adalah bercampur-baur. Kes Argentina hendaklah dipertimbangkan sebagai sesuatu yang sama-sekali berbeza. Adakah berlaku masalah? Ya. Adakah ia boleh diselesaikan? Barangkali. Adakah ia akan diselesaikan? Tiada siapa yang tahu.
28. Susunan pasukan-pasukan yang melayakkan diri, hampir pasti tidak relevan kerana ia bergantung kepada format kelayakan. Tapi pasukan-pasukan pertama yang melakukannya adalah Russia (2 Disember 2010), Brazil (28 Mac 2017), Iran (12 Jun 2017), Jepun (31 Ogos 2017) dan Mexico (1 September 2017). Belgium, Korea Selatan dan Arab Saudi menyusul tidak lama selepas itu. Sejumlah 15 pasukan lagi menyertai lapan pasukan berkenaan pada Oktober lalu. Baki sembilan tempat lagi diputuskan pada bulan November.
29. Saingan play-off adalah menggerunkan. Pada 2013, 22 perlawanan play-off menghasilkan tiga keputusan seri tanpa jaringan. Empat tahun kemudian, hanya 12 perlawanan mencetuskan enam keputusan seri tanpa jaringan.
30. Tapi saingan play-off berakhir dengan ledakan – khususnya dengan hatrik Mile Jedinak. Dia mengirimkan Australia ke Russia dan ia tidak akan lebih baik daripada itu. Tujuh belas jam kemudian, dan berbeza 16 zon masa, dan 979 hari selepas Timor-Leste dan Bhutan membuat penampilan pertama masing-masing, Jefferson Farfan membawa kegemilangan buat Peru.
31. Dengan Piala Dunia akan berganjak kepada 48 pasukan pada 2026, format kelayakan akan berubah sedikit masa lagi. Tidak akan ada lagi pasukan ala Itali dan Amerika Syarikat seperti pada 2018. Akan berkuranglah drama buat pasukan gergasi. Tapi akan tetap ada pasukan-pasukan seperti Peru, Iceland, Mesir dan Panama. Tambahan 16 slot akan memarakkan tambahan 50 impian lagi. Mereka akan membawa lebih persaingan, lebih kegembiraan dan lebih banyak kekecewaan. Perjalanan dalam kelayakan Piala Dunia akan kekal sebagai perjalanan yang panjang. Ia harus akan membawa kita ke mana saja pada masa depan.
32. Piala Dunia 2018 akan membuat sepak mula dalam masa tujuh bulan. Perebutan tempat ke Qatar pula akan bermula kira-kira 16 bulan lagi.