Sukan Asia 1974 di Iran, Malaysia menumbangkan Korea Selatan 3-2.
Dua gol Harun Jusoh dan gol pada minit ke-78 Ali Bakar mengecewakan Korea Selatan dalam aksi kedua kumpulan A.
Masa berlalu dan selepas 44 tahun, dua gol Muhammad Safawi Rasid membenam Korea Selatan sekali lagi dalam peringkat kumpulan.
Walaupun kemeriahan buat sementara tetapi besar maknanya untuk skuad B-23 negara Malaysia mengalahkan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan yang juga disegani dalam peringkat dunia.
Di Tehran, kombinasi Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh berjaya rangkul pingat gangsa menewaskan Korea Utara 2-1.
Kali pertama Malaysia menang gangsa di Sukan Asia Indonesia 1962.
Bola sepak Malaysia yang digeruni pada era 1970an sebenarnya menunggu terlalu lama untuk mencatat keputusan menakjubkan seperti yang dilakukan oleh anak buah Datuk Ong Kim Swee yang sudah layak ke pusingan 16 terbaik, dan dijangka tiada masalah untuk mengumpul 3 mata penuh bertemu Bahrain di aksi terakhir peringkat kumpulan pada Isnin.
Persoalannya, perlukah Malaysia menanti 44 tahun lagi untuk tempa sejarah?
Pasti peminat tertanya-tanya apa yang berlaku dalam program pembangunan bola sepak dalam jangka masa yang lama itu dan di mana silapnya.
Ada juga perkara positif berlaku namun ia tidak dapat mengimbangi drama yang berlaku dalam bola sepak Malaysia serta prestasi antarabangsa termasuklah ranking dunia yang tidak kompetitif.
Untuk beraksi di Sukan Asia kali ini juga, Datuk Ong pening kepala kerana ada satu ketika itu, gagal mengumpul minimum 18 pemain gara-gara pasukan negeri dan kelab tidak mahu melepaskan pemain kerana memberi kepentingan kepada saingan Piala Malaysia.
Apapun semuanya berjalan seperti yang dirancangkan, bukan sahaja skuad Malaysia catat sejarah menghentikan penantian 44 tahun mengalahkan Korea Selatan yang juga juara 4 kali Sukan Asia, tetapi terus layak ke pusingan 16 terbaik.
Penantian pingat emas pertama mungkin tercapai?