Skip to main content

Rencana

2G terunggul!

izzah-1.jpg
Atlet gimnastik dan penyumbang 3 pingat emas Sukan SEA 2019, Farah Ann Hadi menutup tahun gemilang Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) setelah dinobat sebagai Olimpian Wanita 2019 oleh Majlis Olimpik Malaysia minggu lepas. 

Tidak kurang hebatnya, rakan-rakan gimrama yang turut rangkul 4 pingat emas di Filipina menjadikan keseluruhan 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk kedua-dua sukan ini muncul pemenang di mata komuniti sukan tahun ini. 

Presiden MGF, Rachel Lau menggunakan pengalaman sebagai bekas atlet gimrama dan ahli korporat untuk merombak corak pentadbiran persatuan dan ia nyata berhasil, di tambah lagi kemampuannya bawa masuk dana dari syarikat korporat. 

Mempunyai karakter yang tegas dan bersuara lantang namun peka dengan kehendak serta kebajikan atletnya, Rachel dilihat sebagai ‘New Kid on the Block’ terus menarik perhatian para pentadbir sukan di Malaysia. 

Ada yang suka dan biasalah, ada yang kurang senang. 

Bagi Rachel, cakaplah apa saja tapi MGF adalah penyumbang terbesar kontinjen negara di Filipina. 

1. Jika dulu sebagai atlet, kini ke Sukan SEA sebagai Presiden MGF. Apa bezanya? 
Hahaaha..Memori sebagai atlet amat menyeronokkan, tetapi tekanan tidak sama dan mungkin lebih menakutkan kerana bertanggung jawab memastikan 19 atlet saya dalam keadaan terbaik. 
Paling merobekkan hati saya apabila mereka datang memeluk saya dan menangis kerana gagal sumbang emas kerana pemberian markah yang tidak adil. 

2. Mesej kepada Malaysia dengan 9 pingat emas sukan SEA dari MGF? 
Daripada 19 atlet yang bertanding, secara purata umur mereka berusia 18.5 tahun. Dari zaman kanak-kanak sampailah sekarang mereka berlatih 6 jam sehari dan 6 kali seminggu. 
Komitmen dan pengorbanan para atlet saya adalah luar biasa. 
Kami sumbang lebih 3 pingat emas daripada 6 yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). 
Kita sebenarnya hilang 2 pingat emas kerana pengadilan yang tidak konsisten dan sebagai seorang yang berani bersuara kerana benar, kami telah buat laporan kepada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). 

3. Filipina sebagai tuan rumah Sukan SEA 2019?
Terus terang orang Filipina sangat peramah namun penganjuran temasya kali ini tidak teratur lansung. Peraturan ditukar pada saat akhir, lokasi pertandingan kurang siap dan kesimpulannya Filipina tidak bersedia untuk menjadi hos. 


4. Slogan ‘We Win As One? 
Ia tidak relevan jika tiada ‘fair play’ diterapkan dan semangat kesukanan perlu diperhalusi dalam temasya akan datang. Jika tidak, tiada makna slogan yang gah tetapi tidak diimplementasikan secara realiti.

5. Sebagai pendatang baru dalam dunia pentadbiran sukan Malaysia, apa positifnya dibawa balik dari temasya ini? 
Berani kerana benar. Apabila pingat emas acara ribon Izzah Amzan ditarik balik penganjur, para pegawai kontinjen Malaysia termasuk Chief de Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mempertahankan hak negara habis-habisan dan amat bersyukur kerana kerjasama itu, Izzah dapat balik pingat emas itu semula. 
Saya terharu dengan sokongan pelbagai pihak, dan inilah baru makna sebenar ‘We Win As One. 

6. Di mana sukan gimnastik dan gimrama selepas ini? 
MGF akan terus beri bimbingan terbaik kepada atlet kami dan memberi pendedahan latihan serta kejohanan di luar negara.

Kami amat bangga Farah Ann Hadi layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, dan kami berjanji akan beri sokongan terbaik bagi persiapannya. Selain itu, MGF akan pastikan program kami akan terus melahirkan atlet terbaik untuk terus menyumbang pingat di Sukan SEA 2021 Vietnam, mahupun temasya besar lain. 
    

 
 

Advertisement

Must Watch Video