Hasrat ratu bowling negara, Shalin Zulkifli, mencapai 23 pingat emas untuk memecah rekod 22 pingat emas Sukan SEA legenda renang negara, Nurul Huda Abdullah, tidak kesampaian apabila pulang dari Filipina dengan satu pingat perak.
Sembilan kali mewakili negara di temasya terbesar Asia Tenggara itu dengan membutirkan 20 pingat emas, jangkaan peminat cukup tinggi untuk dia mencapai 23 pingat emas sekaligus meleburkan rekod itu.
Secara keseluruhan, pasukan bowling negara merangkul dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa, dan terkeluar daripada sasaran empat pingat emas.
Saya sempat berhubung bersama rakan lama Shalin yang baru pulang dari Manila dan dalam kekecewaan, atlet berusia 41 tahun itu seperti biasa sentiasa mengambil apa-apa keputusan sebagai proses pembelajaran untuk buat lebih baik pada masa hadapan.
Bagi Shalin, dia terkilan walaupun pasukan wanita sempat mengejar pasukan Singapura daripada belakang tetapi akhirnya masih tidak cukup untuk membawa balik pingat emas.

Pengajarannya kita tidak boleh sentiasa selesa kerana pencabar lain juga ingin buat yang terbaik dan akan sentiasa bekerja lebih keras untuk berjaya.
Bertanya tentang situasi paling mencabar di Manila, Shalin berkata sudah pasti untuk menepati harapan tinggi peminat kerana dia dan pasukan bowling cemerlang di Kejohanan Tenpin Boling Asia di Kuwait sebelum Sukan SEA.
Anda boleh membaca artikel saya pada 23 Oktober 2019 bertajuk, 'Tak kisah dipanggil makcik Shalin, asalkan menyinar' bagi menghargai pencapaian Shalin menjuarai acara individu buat kali kedua di laman web, stadiumastro.com.
"Ada yang berpandangan kami 'peak' terlalu awal di Kejohanan Asia, mungkin ada benarnya tetapi saya berjanji pasukan negara telah buat 150% tetapi kadang-kala ia tidak berpihak kepada kami" ujar pemenang 5 kali Olahragawati kebangsaan itu.
Walaupun terfikir untuk mengejar rekod 23 pingat emas, Shalin mendisplinkan diri untuk fokus kepada pertandingan dan jika bermain cemerlang produknya pasti akan menjelma.

Bukan mudah walaupun daripada seorang atlet elit yang mula kompetitif sejak 28 tahun lalu, Shalin sentiasa menyematkan pengalaman istimewa beraksi di temasya besar ini dihati kerana kejayaan bukan datang dari seorang individu tetapi dari seluruh kontinjen Malaysia di mana kali ini di Sukan SEA 2019, Filipina seramai 772 atlet negara berjuang bersama-sama di Manila, Subic dan Clark.
Shalin tidak boleh lari dari dikutuk terutama dari 'Keyboard Warriors' namun ramai juga yang memberi kata-kata semangat tetapi bagi otai sukan negara ini, dia mahu peminat faham, jika mereka kecewa, bayangkan kekecewaan yang dirasai oleh para atlet kemungkinan 100 kali lebih daripada mereka.
Adakalanya kita menang, adakalanya kita kalah.
Itu lumrah sukan tetapi kita perlu tabik dengan 20 pingat emas Sukan SEA yang telah disumbang ikon sukan bowling negara, Shalin Zulkifli.
Terima kasih Shalin dan kontinjen Malaysia!