Skip to main content

Bola Sepak

Zonjic mahu calar status JDT

iz3.jpg
Tonggak pertahanan import Terengganu FC (TFC), Igor Zonjic, melaungkan amaran mereka tidak akan memberi laluan mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi ditunggu-tunggu, malam ini.

Sambil menjangkakan pasukan lawan pasti memberi tentangan hebat, Zonjic, 27, menuntut rakan-sepasukannya mengekalkan fokus serta komitmen beraksi di gelanggang sendiri.

Ketiadaan pasangannya, Nasrullah Haniff Johan, yang digantung satu perlawanan juga tidak memberi kesan dan Zonjic menaruh kepercayaan tugas itu mampu digalas pemain lain dengan baik.

“Prestasi kami mengejutkan semua pihak kerana tiada siapa meletakkan harapan kepada TFC.

“JDT bermula selaku pendahulu liga dan kami di tangga kedua. Namun, selepas 90 minit, TFC akan merampas tangga teratas,” katanya.

Pemain berasal dari Montenegro itu juga tidak menghiraukan ketajaman jentera serangan JDT yang bakal membariskan pemain terbaik untuk merobek kubu tuan rumah.

“Saya sentiasa memberikan 100 peratus dan tidak pernah gentar dengan mana-mana pemain lawan.

“Tiada tekanan buat kami. Dengan sokongan padu penyokong, saya yakin TFC memiliki kualiti untuk mencapai kemenangan,” tambah Zonjic.
 

Advertisement

Must Watch Video