Zinedine Zidane tidak pernah meninggalkan Real Madrid, kata Casemiro, yang memuji pengendali kelahiran Perancis itu selepas kembali dilantik selaku ketua jurulatih.
Zidane meninggalkan Madrid selepas membantu gergasi Eropah itu menjulang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara secara berturut-turut musim lalu, namun kembali memegang peranan itu bulan ini.
Madrid kembali mengharapkan sentuhan Zidane selepas memecat Santiago Solari berhubung pergelutan kelab itu yang tersingkir dalam pusingan 16, Liga Juara-Juara musim ini.
"Jurulatih kami merupakan ikon kelab ini, bukan sekadar pemain tetapi juga sebagai jurulatih," kata pemain tengah itu kepada Marca.
"Zidane telah membuktikan bahawa dia lebih daripada sekadar jurulatih.
"Buat pasukan ini, Zidane tidak pernah meninggalkannya.
"Zidane meninggalkan cara permainannya dalam pasukan ini.
"Dia pasti akan menderita dengan kami buat waktu ini dan disebabkan itulah dia mahu kembali," katanya.
Zidane memenangi perlawanan pertamanya sebelum waktu rehat antarabangsa dengan menewaskan Celta Vigo 2-0 di Santiago Bernabeu.
Madrid kini di tangga ketiga LaLiga dengan ketinggalan 12 mata di belakang seteru utama, Barcelona, selepas 28 perlawanan.
Casemiro menambah: "Zidane tidak pernah pergi dan kami sentiasa memiliki rasa sayang yang besar terhadapnya.
"Dia membuktikan rasa cintanya dengan kembali ke pasukan ini sepertimana Zizou yang kami kenali dulu.
"Dia merupakan salah satu faktor kami memenangi kejuaraan dan dia telah membuktikannya dalam beberapa tahun terdahulu.
"Dengan kehadirannya, kami pasti akan bersaing untuk merebut kejuaraan," tambahnya.
Madrid akan menghadapi pasukan di tangga tercorot, Huesca, dalam saingan LaLiga, awal pagi Isnin ini.