Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Zidane tidak berganjak dengan persoalan terhadap Ronaldo, Bale, Benzema

real-madrid-boss-zidane-unmoved-by-ronaldo-bale-and-benzema-questions.jpg
Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, memilih untuk bertenang dengan kritikan terhadap penyerang bintangnya, Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema, menjelang aksi menentang Napoli  dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, esok.

Prestasi Madrid dalam keraguan sejak akhir-akhir ini, apabila dilihat terdesak untuk bangkit mengalahkan Villarreal dan seri dengan Las Palmas selepas tewas di Valencia bulan lalu.

Bale dan Ronaldo terpaksa direhatkan, masing-masing akibat penggantungan dan kecederaan, sementara kelab Eibar dihantar Sabtu lalu bagi memulihkan rentak kemenangan Real (4-1), di mana Benzema yang bergelut dengan masalah prestasinya musim ini menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan itu.

Ia mendorong pertanyaan lanjut kepada Zidane, apakah barisan penyerang paling berkesan, walaupun nama-nama seperti Lucas Vazquez dan Alvaro Morata mungkin menyaksikan perlawanan dari bangku simpanan dengan 'BBC' bersatu semula di Stadium San Paolo.

"Semua di sini ada pendapat setiap minggu. Mereka menukar pendapat setiap minggu," kata Zidane ketika ditanya mengenai prestasi trio itu dalam sidang akhbar pra-perlawanan.

"Saya gembira mempunyai semua skuad saya, kecuali dua atau tiga yang kami tinggalkan di rumah. Kami semua di sini dan saya gembira untuk itu.

"Semua bebas untuk menyuarakan pendapat dan membuat keputusan yang mereka fikir perlu tetapi ia tidak terlalu banyak mengganggu saya."

Zidane sudah biasa dengan suasana lautan manusia seperti di San Paolo ketika beraksi bersama Juventus dan menjangka pendekatan agresif daripada skuad Maurizio Sarri, yang sebelum ini tewas 1-3 dalam perlawanan pertama.

"Saya hidup dalam suasana ini di sini ketika sebagai pemain. Ia tidak pernah menjadi tempat yang mudah untuk datang," katanya. "Ia satu stadium di mana peminat benar-benar berada di belakang mereka, penyokong benar-benar terlibat dalam permainan.

"Tetapi pada masa sama, ia sangat baik. Saya suka suasana apabila penyokong berada di belakang pasukan. Ia baik untuk skuad mereka tetapi ia baik untuk pesaing juga. Ia merupakan satu motivasi tambahan.

"Saya fikir ia akan menjadi sangat sengit dan pantas dari awal. Mereka perlu menjaringkan gol.

"Mereka adalah pasukan yang boleh bermain dalam dua cara yang berbeza. Mereka boleh memberi tekanan kepada anda atau boleh melakukan sesuatu yang berbeza, dengan bermain cepat ketika melakukan serangan balas.

"Kami tahu mereka pasukan yang bagus. Mereka boleh memberikan kerosakan besar kepada pesaing."

Dua gol Dries Mertens menyaksikan Napoli meraih kemenangan penting 2-1 ke atas skuad atasan, Roma, dalam Serie A, Sabtu lalu, dan Zidane berkata: "Apabila anda mengalahkan pasukan kali kedua di gelanggang lawan, ia sebenarnya memberi anda banyak keyakinan. Ia memberikan mereka banyak tenaga, saya yakin dengan kemenangan itu."

Advertisement

Must Watch Video