Zinedine Zidane memuji aksi hebat Cristiano Ronaldo dengan menyifatkannya bukan berasal dari bumi selepas dua gol bintang Portugal itu membolehkan Real Madrid menewaskan Eibar 2-1, semalam.
Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-34 selepas menerima lorongan Luka Modric dan walaupun Ivan Ramis menyamakan kedudukan buat Eibar, pemenang EURO 2016 itu menyempurnakan hantaran lintang Dani Carvajal untuk menewaskan Marko Dmitrovic ketika aksi berbaki enam minit bagi membolehkan Los Blancos meraih kemenangan ke-17 musim ini.
Prestasi hebat Ronaldo, yang menjaringkan 18 gol musim ini walaupun mengharungi permulaan kempen LaLiga yang suram, membuatkan Zidane memujinya.
“Bagi saya, Ronaldo berasal dari planet lain. Dia sentiasa melakukan perkara positif dan dia tahu mencipta jaringan.
“Apabila meraih dua gol, dia mahukan jaringan ketiga. Ronaldo seorang pemain yang berbeza dan sangat istimewa.
“Dia sangat bagus. Anda harus menilai aksi lawan. Kami tidak melakukan tugas dengan baik tetapi Ronaldo tahu apa yang dilakukannya, membuatkannya mampu menjaringkan banyak gol,” kata Zidane.
Gareth Bale dan Isco dilihat bergelut untuk menampilkan aksi terbaik di Ipurua dan sebaik sahaja Zidane menyedarinya, pengendali dari Perancis itu pantas menegaskan bahawa Eibar adalah pasukan yang lebih baik dan bukan dua pemain itu sahaja yang gagal memberikan impak.
“Bale dan Isco sama seperti pemain lain. Kami melakukan beberapa kesilapan dan ia bukan hanya terarah kepada dua pemain ini. Semua orang berjuang dan akhirnya, pemain-pemain menunjukkan perwatakan sebenar.
“Jelas sekali bahawa Eibar bermain lebih baik, terutama dalam babak pertama. Kami melalui waktu sukar.”