Dani Carvajal percaya Zinedine Zidane lebih bersedia berbanding sebelum ini selepas pulang ke pangkuan Real Madrid.
Zidane kembali menerajui gergasi LaLiga itu Mac lalu, kurang 10 bulan selepas mengundurkan diri dengan kejayaan memenangi tiga Liga Juara-Juara (UCL) berturut-turut, termasuk gelaran liga.
Madrid masih belum menemui gandingan terbaik mereka sebelum sepak mula musim ini setelah menandatangani pemain seperti Eden Hazard, Luka Jovic, Eder Militao dan Ferland Mendy.
Bek kanan, Carvajal, menyokong Zidane sambil mengatakan bahawa bekas bintang Perancis itu mempunyai sokongan penuh daripada skuad untuk tempoh kedua tugasannya di Santiago Bernabeu.
"Anda dapat lihat Zidane merupakan kelibat yang sangat penting kerana dia pernah menjadi pemain dan juga ketika mula menceburi bidang pengurusan," katanya kepada Omnisport.
"Ini kali kedua dia akan mengemudi pasukan ini. Saya harap dia akan sekali lagi menjadi watak penting, saya fikir dia lebih bersedia berbanding sebelum ini. Ya, sudah tentu dia sudah berdepan beberapa situasi yang tidak pernah dihadapinya sebelum ini.
"Saya rasa dia akan menanganinya dengan baik. Dia amat dihormati, dipercayai setiap orang dan saya fikir ia adalah langkah pertama untuk pergi jauh."
Madrid tewas tiga daripada lima perlawanan pra-musim mereka, termasuk kekalahan 3-7 di tangan musuh setempat, Atletico Madrid, dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) bulan lalu.
Bagaimanapun, Carvajal tidak menganggap keputusan itu penting dengan mengatakan ia sebagai persiapan untuk aksi pembukaan LaLiga dengan Celta Vigo, 17 Ogos ini.
"Perlawanan-perlawanan itu bertujuan untuk membantu kami mendapatkan rentak dan sentuhan. Pada penghujung hari, kami perlu bersedia untuk hari perlawanan sebenar, iaitu menentang Celta dan cuba mendapatkan tiga mata," kata pemain pertahanan itu.
"Ketika ini, saya fikir pengurus sedang menguji ramai pemain, dia menguji sistem permainan dan membuat beberapa ujian lagi.
"Seperti yang saya katakan, kami perlu menjamin kemenangan pada 17 Ogos."
Carvajal menambah: "Pada akhir setiap musim, terdapat musim baru serta cabaran-cabaran baru yang lebih menarik dan anda perlu mengambil kira mengenainya.
"Kerjaya pemain adalah pendek dan jika anda mahu menandai satu era atau berasa bangga di kemudian hari, anda perlu bermula semula pada setiap musim panas dan cuba memenangi segala-galanya."