Skip to main content

Bola Sepak

Zheng Zhi sahkan Paulinho bakal ke Camp Nou

paulinho-140817.jpg
Pemain Brazil, Paulinho, bakal meninggalkan kelab China, Guangzhou Evergrande Taobao, untuk menyertai Barcelona selepas disahkan oleh Zheng Zhi yang merupakan kapten skuad Liga Super China (CSL) itu.

Beberapa laporan mengatakan pemain berusia 29 tahun itu telah ke Sepanyol untuk menyelesaikan proses perpindahan selepas Barca bersetuju untuk membayar klausa perpindahannya yang bernilai EUR40 juta (RM203 juta).

Ketika ditemui selepas aksi bertemu Henan Jianye, Zheng Zhi mendedahkan bahawa rakan sepasukannya itu bakal meninggalkan China dan akan kembali ke Eropah.

“Kami telah kehilangan seorang pemain yang penting. Semestinya kesebelasan utama pasukan serta gaya permainan akan berubah selepas penghijrahannya kerana agak mustahil untuk kami mendapatkan pemain baru ketika ini.

“Bagaimanapun, kami mengucapkan selamat maju jaya buat Paulinho,” kata Zheng Zhi.

Sejak meninggalkan Tottenham Hotspur pada 2015, Paulinho memenangi enam trofi, termasuk dua kejuaraan CSL, serta memenangi Liga Juara-Juara Asia sekali bersama Guangzhao Evergrande.

Pengendali pasukan, Luiz Felipe Scolari, turut mengucapkan selamat buat Paulinho.

“Paulinho adalah seorang pemain yang hebat dan memiliki rekod yang baik bersama pasukan kelab serta skuad kebangsaan.

“Kami berharap agar dia menemui kejayaan di masa akan datang,” ujar Scolari.

Advertisement

Must Watch Video