Mauro Zarate menjaringkan gol pertamanya sejak kembali beraksi bersama Fiorentina malam tadi sebelum mendedahkan mesej yang cukup beremosi pada baju Tnya, dan ia ditujukan khusus untuk isterinya, Natalie, yang sedang sakit.
Zarate mengambil cuti untuk menjaga isterinya selepas dia disahkan menghidap kanser dan kembali ke Argentina tetapi selepas keadaan isterinya yang beransur baik, penyerang itu kembali beraksi.
Dimasukkan selaku pemain gantian ketika pasukannya membelasah Qarabag 5-1 dalam aki Liga Europa, kehadiran Zarate nyata memberikan kesan apabila dia meledak gol keempat Fiorentina menerusi satu sepakan dari luar kotak penalti dan memilih bahagian sudut di sebelah bawah untuk menyempurnakannya.
Sebagai salah satu cara untuk dia meraikan jaringan tersebut, Zarate mendedahkan mesej yang tertulis di baju Tnya "Gracias dios Kew te amo (Terima kasih tuhan, saya sangat menyayangi Nat)".
Zarate sekali lagi menjaringkan gol selepas 15 minit, menyempurnakan sepakan percuma dengan hebat, apabila rembatannya menerjah tepat ke penjuru gawang untuk memastikan dia membuat penampilan semula dengan berjaya.