Susulan kejutan yang dilakar MISC-MIFA ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), pemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, mengingatkan pemain-pemainnya agar sentiasa fokus dan tidak memandang mudah cabaran pasukan daripda Liga Perdana itu dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Persaingan merebut slot ke suku akhir cukup menarik dan Kelantan perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kedua diaibkan skuad kendalian K. Devan itu.
"Kami perlu berhati-hati bertemu dengan pasukan seperti MIFA. Kami tidak tahu kelemahan dan kekuatan mereka secara umum kerana berada dalam liga berlainan.
"Namun, apa yang harus dilakukan adalah beraksi dengan lebih berdisiplin dan benteng pertahanan sentiasa fokus supaya tidak mudah dibolosi.
"Dalam masa sama, kami akan berusaha menjaringkan gol untuk memburu kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia, sekali gus menempatkan pasukan berada dalam kedudukan terbaik peringkat kumpulan," katanya.
Ditanya pemain lawan yang perlu diawasi, Yusri menamakan gandingan penyerang import, L'Imam Seydi dan Kpah Sherman, yang boleh menghancurkan harapan The Red Warriors (TRW) jika tidak diawasi.
"Mereka (Seydi dan Sherman) menjadi tunjang utama kejayaan MIFA sewaktu mengejutkan JDT. Bagi saya, mereka adalah penyerang terbaik dalam Liga Perdana.
"Perkara sama juga perlu dilihat terhadap pemain import kelahiran Korea Selatan, Bae Beom-geun, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas juara bertahan itu.
"Kami tidak akan beraksi secara bertahan, sebaliknya akan cuba mengimbangi corak permainan mereka nanti," tambahnya.
Yusri yang juga bekas pengendali Felcra FC mengingatkan pemainnya betapa penting untuk membawa balik mata dari Petaling Jaya kerana selepas itu mereka akan menghadapi perlawanan lebih sukar bertemu JDT di gelanggang sendiri.
"Saya menghormati MIFA dan semua pasukan dalam Kumpulan C. Saya mengingatkan pemain bahawa MIFA adalah pencabar terkuat dan kejayaan menumpaskan JDT membuktikan ramalan saya benar.
"Saya jangkakan satu perlawanan terbuka dan kami akan turun dengan motivasi untuk mengutip mata. Jika berjaya, sudah pasti kami berada dalam keadaan terbaik untuk menunggu kehadiran JDT di Kota Bharu, minggu depan.
"Cuma, kami tidak boleh terperangkap dengan dengan strategi yang bakal digunakan Devan untuk memburu kemenangan kedua," tambah Yusri.