Skip to main content

Bola Sepak

Yusri nyalakan perjuangan Perak FC kekal dalam Liga Super

perak-fc.jpg
Sekali lagi jaringan 3-1 malam tadi menjadi keputusan terbaik buat skuad Perak FC mengutip kemenangan ketiga mereka dalam saingan Liga Super biarpun pernah dilabel sebagai pasukan belasahan.

Keutamaan untuk mengelak kedudukan kedua tercorot membawa kepada beberapa keputusan berisiko tinggi buat pasukan ini.

Ketua jurulatih Sang Seladang, Yusri Che Lah, mengakui keperluan kudrat pemain import.

Yusri terpaksa meletakkan mereka sebagai watak penting ketika situasi mereka kecergasan tidak di tahap terbaik.

"Jaringan yang terhasil menunjukkan pemain inginkan kemenangan kerana risaukan penyingkiran. 

"Saya terpaksa menggunakan semua kudrat yang ada termasuk Seo (Seonung yang patah hidung minggu lalu) untuk beraksi. 





"Walaupun selesa dalam separuh masa pertama tapi kurang bertenaga dalam separuh pertama.

"Kadang-kadang apabila berada di depan, ia mungkin memberi kelegaan sementara dan andai di belakang, kami perlu berusaha dengan lebih baik. 




"Yang penting kami memungut tiga mata dan menjarakkan diri dengan zon penyingkiran.

"Saya akan cuba mengekalkan Perak dalam Liga Super dan masih ada tujuh perlawanan lagi," katanya. 


Dalam pada itu, rasa kesal jelas di wajah ketua jurulatihn Penang FC, Choong Yee Fatt, sebaik Harimau Kumbang mencetak kekalahan kelima berturut-turut di Ipoh.

Kesal dan sebal dengan keputusan yang berlaku, Yee Fatt mengakui ada kesukitan yabg gagal diatasi sepanjang 90 minit berlangsung.


"Kami sudah perbaiki kelemahan ini dalam sesi latihan tapi ia masih tetap berlaku. 

"Setiap kali berlaku ia menjejaskan dan apabila dibolosi awal, kami berdepan masalah untuk bangkit," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video