Skip to main content

Bola Sepak

Yusri lega Imigresen akhirnya catat kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusri-che-lah.jpg
Ketua jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah, berasa lega apabila pasukannya akhirnya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Penang 1-0 di Stadium Bandaraya semalam.

Katanya, aksi sepanjang 95 minit itu merupakan detik paling cemas sebelum wisel penamat dibunyikan, sekali gus menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Lebih manis, ia juga merupakan perlawanan tanpa bolos pertama direkodkan mereka musim ini dengan Wilmar Jordan muncul penjaring tunggal pada minit ke-59.

"Saya rasa penantian 95 minit hari ini cukup panjang," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kami berada dalam situasi yang amat-amat tertekan walaupun semalam ada wartawan bertanyakan mengenainya dan saya katakan tidak (tertekan).

"Sebenarnya, dalam hati saya amat tertekan, terutama pada lima minit terakhir.

"Saya dapat lihat pemain saya, apabila wisel ditiup, betapa mereka terharu dengan kemenangan ini.

"Saya faham ia hanya kemenangan dalam aksi liga tetapi sebagai pasukan baru, yang sering kali menghadapi keputusan yang tidak memihak kami, malam ini akhirnya kami diberikan jalan terbaik dengan kemenangan pertama dan perlawanan tanpa bolos pertama."

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video