Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah kesal percaturan yang diterapkan gagal diterjemahkan dalam perlawanan sebenar di Stadium Perak, malam tadi.
Biarpun terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan, Sang Seladang tumpas 1-2 selepas dihukum jaringan berganda dalam tempoh tujuh minit babak kedua.
"Saya pun dah kelu untuk berkata-kata selepas persembahan yang sama tidak ditunjukkan pada separuh masa kedua, perkara tersebut di luar jangka. Kita melihat beberapa perubahan dilakukan oleh Jurulatih Kuching City sekali gus kami gagal beraksi dengan baik.
"Saya agak kecewa kerana kita sentiasa berada di belakang pasukan lawan. Jadi dua gol yang terhasil dari pasukan pelawat pada malam ini dari set pieces dan sepakan penjuru yang tidak sepatutnya terhasil, free header yang dihasilkan pasukan lawan. Mereka harus menterjemahkannya di dalam padang. Tak perlu menanti masa terbaik untuk melakukannya.
"Kita sangat hampa dengan keputusan ini. Pemain seolah-olah tidak berada dalam permainan, bukan penumpang," ujar Yusri Che Lah.