Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, memberikan bayangan penstrukturan semula saingan Liga A1 Semi Pro bermula musim depan.
Dia turut menjelaskan AFL hanya boleh menentukan hala tuju saingan A1 Semi Pro 2025/2026 sejurus badan Pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL), memuktamadkan struktur perjalanan Liga Super musim akan datang.
Dia yang juga Timbalan Presiden FAM turut menegaskan, pihaknya akan melaksanakan tapisan ketat sebelum membenarkan mana-mana kelab beraksi dalam kancah liga di bawah seliaan AFL.
Untuk rekod, musim lalu saingan Liga A1 Semi Pro membabitkan penyertaan 15 kelab dengan Melaka muncul selaku juara.
"Pada tahun ini kami perlu memberikan keutamaan kepada MFL untuk menentukan hala tuju bola sepak negara, kita perlu tunggu struktur siap baru kita tentukan apa yang terjadi kepada AFL.
"Kami akan menilai semula secara keseluruhan dan pasukan yang mampu kami akan meletakkan di divisyen kedua dalam liga, kami akan pastikan pasukan yang berkemampuan dan kelayakan sahaja yang layak, saya juga tidak menolak pasukan baru." katanya.