Penjaga gol kebangsaan, Khairul Azhan Khalid, berasa bangga apabila diberi peluang berlatih di bawah bimbingan jurulatih penjaga gol negara, Azmin Azram Abdul Aziz.
Khairul Azhan, yang dikenali dengan nama Yan dalam kalangan rakan sepasukan, menjelaskan dia sudah lama mengikuti perkembangan bekas penjaga gol Pahang itu.
Azmin juga menjadi salah seorang sumber inspirasinya dalam usaha meningkatkan prestasinya sebagai penjaga gawang Harimau Malaya dan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menimba ilmu daripada jurulatih berusia 41 tahun itu.
“Saya mula melihatnya semasa di Pahang dan mengikuti cara dan perkembangannya.
“Dia menjadi salah satu idola saya sebagai pemain bola sepak,” kata Yan.
Sementara itu, Yan meluahkan rasa syukur kerana dapat tampil beraksi dalam hampir kesemua perlawanan bersama Selangor musim ini.
“Selepas kembali daripada kecederaan, saya berjaya mendapat tempat dalam skuad utama dan saya sentiasa akan cuba untuk memberikan aksi terbaik,” ujarnya.