Skip to main content

Bola Sepak

Xisco Munoz tidak bereksperimen dengan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson-da-silva.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, menolak pesta jaringan 10-0 ke atas DPMM malam tadi hasil eksperimen terhadap percaturan taktikal, sebaliknya hadir menerusi komitmen tinggi semua pemain.

Dia menegaskan sebarang keputusan adalah mewujudkan keserasian terbaik dalam kalangan pemain, gandingan Bergson Da Silva -- meledak empat gol -- dan Romel Morales memberi impak positif selain kelibat Manuel Hidalgo yang bertindak sebagai sayap kiri bertahan. 

"Kami bertuah kerana mempunyai pemain seperti ini (Jairo de Macedo da Silva dan Bergson).

"Ia perkara positif dan kami perlu cipta peluang kepada penyerang. 

"Kadang-kala situasi menjadi sukar kerana saya tidak dapat menurunkan mereka dan saya gembira mempunyai mutu penyerang seperti ini. Ia sesuatu yang positif apabila mereka mencetak jaringan yang banyak. 




"Hidalgo mampu menyusup dengan pantas. 

"Tapi inilah yang kami tuntut daripadanya. Berdasarkan kemampuannya, inilah yang kami harapkan daripadanya," katanya. 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video