Skip to main content

Bola Sepak

Xavi tidak akan tukar Lewandowski dengan mana-mana pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robert-lewandowski_.jpg
Ketua jurulatih Barcelona, Xavi, menegaskan bahawa dia tidak akan menggantikan Robert Lewandowski dengan mana-mana pemain terbaik dunia.

Pemain kebangsaan Poland itu menjaringkan lapan gol daripada lima penampilan, termasuk menjaringkan hatrik pertamanya bersama Barca ketika menewaskan Viktoria Plzen 5-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi kelmarin.

Xavi jelas gembira dengan usaha yang dilakukan penyerang barunya itu sejak menyertai kelab LaLiga berkenaan, sambil berkata dia tidak akan berminat untuk menukar bintang berusia 34 tahun itu dengan mana-mana pemain terbaik dunia.

"Kami tidak akan tukar Robert untuk mana-mana pemain di dunia, sesiapa pun.

"Dengan apa yang telah dilakukannya, saya percaya pengalaman yang dimilikinya umpama segulung ijazah, bukankah begitu?

"Dan dia seorang pemain yang amat matang dan seorang yang amat bernilai untuk dimiki dengan cara dia bekerja -- kerendahan hatinya amat terserlah daripada seorang yang telah memiliki segala-galanya di peringkat kelab.

"Jadi dengan sikap itu, ia membawa kebaikan buat kami, bukan hanya buat pemain muda.

"Kini, kami tidak akan menukarnya dengan mana-mana pemain ditambah dengan prestasinya yang terkini.

"Robert telah melakukan tugasnya dengan amat luar biasa," katanya.

Advertisement

Must Watch Video