Xavi menyifatkan peluang menjadi pengurus Barcelona sebagai impiannya tetapi dia amat menghormati penyandang jawatan itu, Ernesto Valverde.
Kedudukan Valverde semakin terancam selepas Barca tewas secara dramatik 2-3 kepada Atletico Madrid dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi kelmarin.
Jurulatih Al Sadd dan legenda Barca itu mengesahkan bahawa dia terlibat dalam pertemuan dengan pengarah kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu, Eric Abidal, di Qatar kelmarin berhubung spekulasi bahawa dia ditawarkan untuk menggantikan Valverde pada penghujung musim ini atau mungkin lebih awal.
Tetapi jurulatih berusia 39 tahun itu enggan mendedahkan butiran pertemuan berkenaan sambil menegaskan bahawa dia amat menghormati bekas kelabnya itu, termasuk pengurusnya.
"Mengendalikan Barca merupakan impian saya, saya tidak dapat menafikannya. Semua orang tahu bahawa saya menyokong mereka dengan setulus hati saya," katanya kepada wartawan selepas memacu Al Sadd ke final Piala Qatar dengan menewaskan Al Rayyan semalam.
"Benar, Abidal adalah rakan saya. Saya pernah bertemunya banyak kali, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa.
"Saya menghormati Barcelona, saya menghormati Valverde, saya menghormati pemain dan kelab saya.
"Mereka (Barca) berada di sini untuk bercakap dengan saya dan membincangkan banyak perkara," katanya.
"Mereka juga berada di sini untuk melihat keadaan Ousmane Dembele, itu sahaja," tambah Xavi berkenaan penyerang Barcelona itu, yang sedang menjalani pemulihan kecederaan di Qatar.
"Saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Maaf, saya tidak dapat memaklumkan terlalu banyak kepada anda.
"Saya berjumpa dengan Abidal, dia rakan saya, itu sahaja.
"Saya sedang melakukan tugas saya di sini.
"Saya melakukannya dengan sebaik mungkin.
"Saya fokus terhadap perlawanan separuh akhir dan kami kini akan beraksi dalam final, jadi saya amat gembira.
"Saya amat gembira untuk mengendalikan Al Sadd dan saya fokus kepada pasukan saya," katanya lagi.
Xavi melewati karier gemilangnya sepanjang bersama Barca dan memiliki pelbagai koleksi kejuaraan, antaranya lapan gelaran LaLiga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Editor: Muzaffar Musa