LALIGA
Xavi enggan panik ketumpulan Barcelona
Xavi tidak gusar dengan persembahan tumpul Barcelona ketika seri tanpa jaringan dengan Galatasaray menjelang bertemu Osasuna dalam LaLiga, awal pagi esok.
Skuad Blaugrana itu gagal mencari penyudah untuk melepasi Inaki Pena yang menghasilkan persembahan jitu ketika menentang kelab induknya tersebut dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Europa di Camp Nou, kelmarin.
Barca melancarkan 16 percubaan dengan empat kali menuju ke sasaran -- secara tidak langsung menamatkan rentak kemenangan empat perlawanan berturut-turut mereka.
Iklan
Gergasi Catalan itu belum tewas dalam sembilan perlawanan dan pengurus tersebut yakin anak buahnya yang menguasai tangga keempat mampu menawan Osasuna di tempat sendiri.
Dia berkata dalam sidang akhbar malam tadi: "Kami sangat bagus di Elche (dalam kemenangan 2-1 hujung minggu lalu) dan mereka lebih gemar bertahan.
"Kami mempunyai pelbagai jenis peluang terhidang tetapi kami perlu menterjemahkannya dengan baik dalam permainan. Kami telah berlatih dengan baik hari ini, kami telah menjalankan satu sesi untuk cuba mencari jalan penyelesaiannya.
"Kami berdepan tentangan yang sangat bagus, penjaga gol mereka beraksi luar biasa. Saya tidak melihatnya sebagai satu masalah."
? SQUAD LIST ?#BarçaOsasuna pic.twitter.com/IJmZCZ7w65— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 12, 2022
Xavi berkata Barca haruslah tidak berputus asa dalam usaha mereka mengekalkan rekod tanpa kalah.
"Kami harus mengekalkan keamatan, mereka tidak boleh menewaskan kami dalam soal keamatan. Kami tidak boleh mengendurkannya," tambahnya.
"Kami perlu lebih berkesan untuk mengubah permainan. Kami perlu membuatkan lawan membuka permainan dan meninggalkan ruang kosong. Mencari gol awal adalah satu kelebihan penting."
Xavi mengharapkan lebih banyak kualiti daripada Barcelona pada masa akan datang.
"Kami perlu menyerang dengan lebih baik. Kami telah menganalisanya. Kami perlu mengkritik diri sendiri. Kami perlu menjadi lebih baik dalam separuh masa kedua," katanya.
"Saya tidak fikir selain daripada itu. Fikiran saya tidak tertumpu kepada perlawanan menentang Galatasaray. Kami menganalisa Osasuna yang beraksi dengan sangat baik, saya fokus kepada perlawanan esok."
Must-Watch Video