Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Wilmots pikul jawatan jurulatih Ivory Coast

wilmots-named-ivory-coast-boss.jpg
Marc Wilmots telah dinamakan sebagai jurulatih baru Ivory Coast apabila menandatangani perjanjian dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya selama dua tahun lagi.

Ivory Coast memburu pengurus baru selepas pemergian Michel Dussuyer pada awal tahun ini, selepas pengurus berbangsa Perancis itu meletakkan jawatan ekoran kegagalan skuad The Elephants itu mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017.

Wilmots tidak menyandang sebarang jawatan sejak dipecat sebagai jurulatih Belgium selepas Euro 2016 dan pernah menolak tawaran untuk mengendalikan Algeria kerana cenderung untuk mengurus kelab.

Bagaimanapun, dia telah memilih untuk kembali ke kancah bola sepak antarabangsa kerana tertarik untuk membimbing Ivory Coast ke Piala Dunia 2018.

Ivory Coast sedang mendahului Kumpulan C dengan empat mata daripada dua perlawanan kelayakan, dua mata mengatasi Maghribi dan Gabon, dengan Mali menghuni tangga keempat.

Ivory Coast akan menentang Russia dan Senegal dalam perlawanan persahabatan pada 24 dan 27 Mac tetapi mereka perlu turun tanpa khidmat pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Serge Aurier, berikutan kecederaan yang dialaminya dalam kemenangan 2-1 ke atas Lyon pada hujung minggu lalu.

Advertisement

Must Watch Video