Fulham menyambar bekas perancang Chelsea, Willian, secara percuma serta melengkapkan perpindahan pinjaman Layvin Kurzawa daripada Paris Saint-Germain (PSG).
Willian meninggalkan Corinthians pada bulan lalu berikutan menerima ugutan bunuh selepas menyertai semula pasukan Brazil itu tahun lalu sebaik kontraknya bersama Arsenal berakhir.
Pemain berusia 34 tahun itu hanya menghabiskan masa setahun di Stadium Emirates yang menyaksikannya gagal mengulangi kelincahannya dalam tempoh tujuh musim di Chelsea.
Willian, kembali ke London bersama Fulham dengan mengikat kontrak selama setahun untuk menikmati permulaan cerah musim Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Marco Silva.
“Saya gembira berada di sini, saya gembira dapat kembali ke EPL,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.
"Fulham merupakan sebuah kelab istimewa, kelab yang mahu meningkat, yang mahu berjuang untuk sesuatu yang lebih besar jadi saya di sini untuk membantu dan saya tidak sabar untuk bermula."
Ketibaan Willian itu disusuli pembelian kedua Fulham pada hari terakhir jendela perpindahan menerusi Kurzawa.
Bek kiri Perancis itu telah dipinjamkan untuk baki musim ini.
"Saya berasa sangat, sangat gembira untuk berada di sini. Ia ibarat keluarga di sini, semua orang sangat ramah," katanya pula.
"Saya telah menonton setiap perlawanan Fulham musim ini dan saya tidak sabar-sabar untuk mewakili pasukan ini."

Olá, Willian! ??#WillcomeToSW6 ? | #FFC pic.twitter.com/723o1GwOAe
— Fulham Football Club (@FulhamFC) September 1, 2022