Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menganggap jalinan rangkaian hubungan FAM dan ahli gabungan yang hadir dalam Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WFS) Asia perlu dikekalkan.
Selama dua hari WFS berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Stuart melihat rangkaian hubungan menjadi perkara penting dalam membantu mencetuskan pembangunan industri bola sepak Malaysia.
Beliau turut menyatakan rangkaian hubungan antara ahli gabungan mampu membantu FAM mengukuhkan industri bola sepak negara.
Stuart antara panel yang dijemput bagi membincangkan tentang meningkatkan ekonomi negara melalui bola sepak bersama dengan ahli panel dari beberapa negara lain.
"Antara perbincangan yang dilakukan bersama ahli-ahli gabungan di WFS adalah rangkaian yang penting bagi memastikan peningkatan ekonomi dapat dilaksanakan menerusi bola sepak," katanya.
Sementara itu, Stuart berharap program itu dapat diteruskan di Asia setiap tahun untuk mengekalkan hubungan rapat antara ahli gabungan.
"WFS Asia yang dijalankan di Malaysia dilihat sebagai pencetus kepada pembangunan bola sepak di Malaysia. Kami berharap ia akan kembali ke Malaysia pada tahun-tahun akan datang."